bahasa

Zahid, Guan Eng bertelagah mengenai pelarian Rohingya

Masalah pelarian Rohingya dan Bangladesh yang tersadai di perairan Malaysia jadi isu perbalahan antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.Masalah pelarian Rohingya dan Bangladesh yang tersadai di perairan Malaysia jadi isu perbalahan antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Mei, 2015.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng saling menyerang hari ini berhubung isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Zahid pada sidang medianya membidas Lim kerana tidak pandai bercakap mengenai isu keadilan bagi pelarian Rohingya dan mengalihkan beban itu kepada Putrajaya.

"Yang mereka khuatir sekarang ini adalah penggunaan tanah kerajaan negeri, tapi tentu lebih molek pemimpin kerajaan negeri yang memperjuangkan hak asasi manusia tidak berkokok bukan saja di Dewan Rakyat dan pentas politik.

"Tidak menyerahkan beban pada pihak lain, mereka harus menterjemahkan apa yang diperjuangkan, dengan membuktikan komitmen sekiranya benar ikhlas untuk membela nasib Rohingya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Naib presiden Umnoitu berkata, Lim tidak sewajarnya menganggap kenyataan beliau sebagai kenyataan politik kerana apa yang dinyatakan semalam mengenai soal kemanusiaan.

Manakala Lim dalam reaksinya terhadap kenyataan itu membidas Zahid yang didakwa tidak bersikap matang apabila menolak tawaran kerjasama Pulau Pinang.

"Bila kita nak cakap pasal kerjasama namun dia serang kita, ini satu tindakan kurang matang, apa ini? Saya minta beliau jangan main isu kemanusiaan," katanya. – 25 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments