opinion

Tangisan orang lapar

A Shukur Harun

January 26, 2016

Teruskanlah menangis

Curahkanlah air matamu

sebanyak-banyaknya

Hingga kering

Semoga mereka sedar

Akan erti kelaparan

Dan kesangsaraan.

Kota besar ini hanya menyaksikannya

Kerana ia hanya batu, besi, elektrik

Dan segala kecanggihan teknologi

Tetapi ia tidak punya perasaan dan akal

Yang mengertikan nasib gelandangan ini

Maka curahkanlah lagi airmatamu.

Orang besar lalu dengan mobil besar

Menuju ke majlis jamuan mewah

Mereka hanya menjengah dari jendela mobil

Dan jamuan itu pameran segala kemewahan

Puluhan lauk pauk, juadah yang lazat

Jurang luas miskin kaya.

Tetapi tidak semua yang boleh dimakannya

Darah tinggi, kolestrol, jantung

Menjadi halangan

Jadi mereka sama juga dengan si gelandangan itu

Lalu sesa makanan itu dibuang

Pembaziran berlaku.

Jauh dari kota ini, bukan gelandangan saja yang lapar

Ramai seumpamanya di desa dan di kota

Yang dicengkam kemiskinan

Penoreh getah, buruh, nelayan pantai,

Pekebun kecil, siswa dan simiskin bandar

Mereka bergelut dengan derita hidup ini.

Inilah wajah tanah airku yang makmur dan indah

60 tahun telah  merdeka

Engkau permata nilam

Putera dan puterimu sedang menangis

Sambil berbisik kembali

Memikirkan apa yang telah terjadi

Kemana pergi khazanah bumi

Yang makmur dengan pelbagai galian,

Tanah yang subur dan ikan banyak di laut

Mana pergi semua hasil hazanah ini

Siapa yang memunggah khazanah ini

Mengapa rakyat dibiarkan menderita

Wahai,

Dengarlah rintihan ini

Kelaparan bukan gemuruh politik

Tetapi suatu seksaan

Marilah membela mereka

Tukarkan air mata mereka dengan senyum gembira. – 26 Januari, 2016.


* Ini adalah sajak peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments