rencana
7,000 angka sebenar atau fantasi? – Sabarudin Abdul Rahman
Islam rahmat bagi semua.
Masyarakat Islam ialah masyarakat bersifat antarabangsa yang terbuka kepada setiap umat manusia.
Masyarakat yang menjamin kebebasan berakidah, melindungi orang bukan Islam, dan dianjurkan untuk berurusan baik dengan mereka.
Tiada paksaan dan tiada ugutan untuk menganut agama yang suci ini.
Dasar paling utama di dalam kehidupan kita adalah iman, maka iman akan menjadi indikator kepada perubahan seseorang,keluarga dan masyarakat. Selaras dengan firman Allah swt dalam surah ar-rad :11
"Sesungguhnya, Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri".
Ia jelas menerangkan jika mereka mengamalkan budaya Hindu maka mereka mengubah hidup mereka sendiri dan tidak ada orang yang memaksa mereka untuk menjalani kehidupan sebegitu.
Islam mengemukakan prinsip yang murni seperti prinsip kemerdekaan, bermusyawarah, kesatuan dan keamanan, keadilan, takaful, kasih sayang, dan kekuatan peribadi adalah prinsip paling utama dalam kehidupan bermasyarakat.
Namun jika benar 7,000 orang berada dalam dilema kerana dokumen rasmi agama mereka adalah Islam, maka semak dan selidik dengan lebih terperinci apakah mereka yang ingin menjalani kehidupan mereka sebegitu ataupun dipaksa?
Pastikan angka yang dinyatakan itu adalah benar dan sahih terlebih dulu.
Manusia pada masa kini lebih jahil dan semakin kembali ke zaman jahiliyah.
Pada pandangan kami, perkara yang dibangkitkan pihak presiden Hindu Sangam Malaysia adalah persepsi semata-mata.
Pada masa kini ramai yang kurang memahami dan mengambil serius berkenaan kehidupan menuju akhirat.
Disebabkan itulah, kehidupan mereka kian tergelincir daripada landasan yang benar.
Maka kami mengesyorkan agar pihak Mohan Shan mendapatkan maklumat yang tepat serta membawa mereka yang dikatakan tersilap daftar sebagai Islam kepada KDN semula untuk memperbetulkan semula kesilapan yang dilakukan.
Islam tidak memaksa,
Islam juga tidak menghalang,
Islam itu mudah,
Dan Islam memberi rahmat bagi sekalian alam. – 23 Februari, 2016.
* Sabarudin Abdul Rahman adalah pengerusi Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM).
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments