rencana
Adakah Islam agama paksaan? – Muhammad Syafiq Azmi
Sejak semalam ada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isteri mula menjadi bahan baharu serangan demi serangan terhadap beliau.
Gambar tersebut adalah berkenaan cara isteri ketua menteri itu berpakaian. Ada yang menulis tak cukup kain dan sebagainya.
Setiap masyarakat mempunyai budaya dan pegangan agama masing-masing. Sebab itu sejak dulu saya tidak pernah menulis tentang rambut isteri perdana menteri dan cara pakaian sesetengah isteri yang suami mereka figura besar tanah air.
Penulis kira jika mahu menegur Lim dengan pemakaian isterinya, kita perlu menerima itu adalah cara yang mereka percayai.
Seharusnya kita lebih gusar dengan cara pemakaian yang dipanggil Muslim jika jiwa kita besar mahu membetulkan umat.
Kadangkala kita menjadi sesuatu itu sebagai bahan provokasi bagi menjatuhkan pihak yang berseteru dengan kita.
Adakah Islam begitu? Penulis kira tidak. Islam itu bukan agama yang memaksa. Jika isteri-isteri menteri beragama Islam itu lebih buruk pakaiannya di mata agama.
Malu alah bagi penulis menegur, bimbang yang di sekeliling kita pun belum tentu kita mampu bersuara. Inikan pula bukan Islam yang menjadi tradisi pakaian mereka. Janganlah kita memaksa supaya mereka mengikut cara Melayu dan Islam yang kita fikir.
Apa yang perlu ialah mewujudkan dan mengingatkan agar kita saling menghormati sesama kita. Itulah titik pertemuan yang perlu dizahirkan dengan kejadian dan ciptaan tuhan yang pelbagai. Kasih sayang itu tunjang keharmonian, penulis percaya setiap manusia antara kita inginkan kebersamaan.
Penulis tinggalkan pembaca dengan sepotong hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang disabdakan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." – 22 Februari, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments