rencana

Anak muda tolak BN demi masa depan Malaysia yang cerah - Ammar Atan

Anak muda merupakan cerminan kepada masa depan pembangunan sesebuah negara.

Menurut Phillip (2012) setiap individu mempunyai falsafah, autonomi dan kebebasan budaya terutamanya dalam menentukan hala tuju masing-masing.

Begitu juga dalam kerangka politik, setiap individu mempunyai hak untuk partisipasi atau tidak. Namun, setiap rakyat harus mempunyai rasa kesedaran atau bertanggungjawab dalam menentukan kepimpinan dan masa depan negara.

Anak muda sedar kerajaan yang dipimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan nazak.

Kita percaya selaku anak muda kita tidak mahu masa depan kita dan generasi akan datang musnah seperti peribahasa “nasi sudah menjadi bubur”.

Kebobrokan ini perlu dihentikan. Tidak ada guna sekiranya anak muda hanya mampu melalak dan menyatakan kebencian di laman sosial tetapi sampai hari ini tidak lagi mendaftar sebagai pengundi (had umur mengikut perlembagaan) dalam pilihan raya umum akan datang.

Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lepas 40% anak muda yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu tidak menunaikan kewajipan dan amanah untuk keluar mengundi menyebabkan BN kekal berkuasa.

Umno dan BN termasuk konco-konconya tidak boleh diberi peluang lagi, kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak mampu untuk bersikap good governance, telus dan amanah dalam menguruskan harta, wang rakyat serta tidak mampu untuk menegakkan keadilan pada tempatnya.

Ini kerana “absolute power, corrupt absolutely” tidak ada cara lain untuk membuang virus ini hanya dengan mengubahnya dengan tangan rakyat yakni kuasa yang ada pada rakyat, sama ada secara di jalanan atau melalui peti undi.

Malu kita pada rakyat negara Thailand, Indonesia, dan Myanmar yang mana rakyat kita terlalu pemaaf sehingga mampu memaafkan kebobrokan yang sedang melanda negara Malaysia.

Isu rasuah, ketirisan, politik perkauman dan agama yang sempit, politik wang dan sistem perundangan yang dirobek demi kepentingan politik mudah sahaja dimaafkan dan di biarkan isu ini berlalu tanpa ada langkah yang radikal dan proaktif daripada rakyat apatah lagi anak muda.

Tuntasnya, anak muda dan seluruh rakyat perlu buktikan kita menolak Umno secara total kerana keborokan dan salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Dalam pada masa yang sama Pakatan Harapan perlu tunjukkan kepada rakyat ia mampu menjadi alternatif yang terbaik dengan prestasi dan tawaran yang baik kepada rakyat, bukan semata-mata atas emosi bencikan Umno dan BN sahaja.

Ayuh anak muda, lakukan perubahan bersama! – 11 Februari, 2016.       

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments