rencana
Apa erti kasih sayang? – Kapal Besi
Air terjun kalau sudah keruh di hulu mana mungkin akan jernih di muara.
Sama lah kita orang awam di Malaysia kalau alim ulama nya bercakaran berdebat sana sini tunjuk hebatnya pengetahuan yang mereka ada, mustahil kita orang bawahan akan hidup aman damai dalam kasih sayang.
Yang menceritakan syurga itu sama sahaja dua-dua belum sampai belum pernah rasa, hanya ada pengetahuan dari ilmu yang dipelajari dan difahami.
Dan yang paling penting dan jelas syurga itu bukanlah milik kita untuk kita janjikan apa-apa pada orang lain, kita pun belum tentu nasibnya apatah lagi nak mengatakan persoalan nasib orang lain.
Tingginya martabat sesorang itu terletak pada hujung lidahnya bukan di kata-katanya.
Kata-kataku perbuatanku.
Perbuatanku tanggunganku
Kalau tingkahlaku rendah walaupun tinggi ilmunya ia jadi tidak bermakna.
Ilmu yang tidak bermakna, tidak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.
Kalau hanya mendatang kebaikan kepada diri lebih baik jangan dituntut ilmu itu.
Menyampaikan agama tidak boleh kasar terpekik terlolong memarahi mengugut dan menunding jari.
Mengenal ilmu yang tinggi adalah terletak ditingkah lakunya.
Jika tingkahlaku rendah iaitu biadap, ilmu yang tinggi jadi tak bermakna.
Tujuan mencari ilmu adalah untuk betulkan tingkah laku.
Kalau tingkah laku sumbang ilmu yang dituntut tidak ada guna. Kalau tidak boleh jadi baik, tidak guna ilmu yang dituntut.
Baik paderi ataupun sami dan mereka lain yang arif tentang agama mereka itu lemah-lembut kerana itu mereka ini dipanggil resi.
Orang Islam ilmunya tidak menjadi pengetahuan kerana tingkah laku tiada.
Mengkafirkan orang, mengata orang, mendatangkan cemas pada orang lain, membenci sesama manusia dan mahluk malah yang paling berat menghina ciptaan Tuhan.
Anjing dan babi itu ciptaan Tuhan jangan dihina kerana jika kita menghina, seolah-olah kita menghina tuhan.
Tujuan semua agama di dunia ini untuk membetulkan akhlak, menjadi mulia menghormati sesama manusia dan binatang pun kena hormat malah semua ciptaan pokok dan lain-lain.
Itulah tujuan agama.
Jika tidak dapat membetulkan akhlak kita tidak perlu belajar agama, bukankah itu yang kita cari?
Manusia itu hakikatnya sama seperti binatang cuma binatang itu tidak diberi akal.
Erti kasih sayang supaya kita bercakap benar tidak berbohong tidak angkuh tidak riak tidak merendahkan orang lain ataupun mahluk lain, tidak menghina.
Itulah ertinya kasih sayang.
Agama itu mulia dan suci kena bertenang.
Dalam agama itu tiada kekasaran.
Sebenarnya orang yang mengaku pandai dalam beragama itu adalah orang yang tak faham.
Boleh diistilahkan orang yang bodoh. Kenapa kalau kita pandai kita nak menunjuk-nunjuk!
Adakah itu dimestikan? Orang pandai tidak menunjuk-nunjuk. Orang yang bodoh yang suka menunjuk-nunjuk.
Diumpamakan air yang tidak penuh akan bergoncang, yang membawa air itu pun menjadi masalah.
Itulah sebenarnya tujuan beragama, sebenarnya semua agama itu sama. Yang membawanya mengikut bangsa masing-masing. Ada yang pemikiran tinggi jadi sempurnalah agamanya ada yang pemikiran rendah jadi kelam kabutlah agamanya.
Agama itu sebenarnya suci….!
Dalam agama sebenarnya adalah rahsia dalam diri sendiri.
Maka jika kita tidak mahu rosak maka berhati-hatilah.
Sebagai contoh apa-pun agama dan apa jenis ilmu di dunia ini semuanya baik.
Cuma orang yang mengunakan agama itu yang menjadikan tidak baik, sama seperti ilmu tadi.
Ertinya orang yang tidak baik, menjadi tidak baik kerana kekurangan pengetahuan.
Dari mana asalnya pengetahuan dan setelah berpengetahuan apa pulak faedahnya …carilah kalau putus sambungan itu tidak akan jumpa ikhlas yang sejati.
Hilang sempurna diri.
Tuntut Ilmu untuk apa?
Adakah untuk menyusahkan orang lain atau untuk diri sendiri atau berbakti kepada orang ramai.
Kalau ilmu dituntut untuk diri sendiri bukan sebagai bakti pada orang ramai lebih baik tidak payah tuntut.
Yang dikatakan kasih sayang itu untuk semua, itulah bakti.
Tuntut ilmu bertahun, namun sesak di dada tidak sesekali.
Kerana itu bukan milik kita, milik Tuhan, kuasa Tuhan yang disalurkan kepada kita sebagai akal.
Itulah kuasa Tuhan, kuasa tuhan yang diturunkan kepada manusia. Itulah hak Tuhan.
Kenapa kita nak berdebat-debat?
Orang yang berdebat-debat itu seolah-olah menghina Tuhan.
Ilmu jika berlandaskan kasih sayang maka ia akan menjadi lembut dan mengingatkan.
Ilmu jika berlandaskan kekerasan maka ia akan menjadi keras dan merosakkan.
Sesungguhnya di atas gunung masih ada langit dan di atas langit masih ada langit. – 7 Februari, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments