rencana

Apa langkah seterusnya? – Muhammad Syafiq Azmi

Semalam seharian saya berada di kampung isteri.

Saya berkesempatan bersama-sama hadir kenduri doa selamat sempena perkahwinan sepupu isteri saya.

Sempat juga berbincang dengan tetamu yang hadir dan kebetulan ada datangnya dari negeri jelapang padi yang bergelora beberapa hari yang lepas.

Bila ditanya apa kisah MB seorang pakcik menjawab, "kami tak campur, biarlah".

Maka bermulalah perbincangan yang hangat di antara kami.

Pesan saya pada pakcik tersebut cuma satu, "hari ini bukan lagi soal politik kepartian, tapi hari ini ia soal masa depan negara".

Saya tambah lagi, "kita perlu bersikap peka dan peduli, nanti bimbang kita yang akan menyesal"

Namun sikap pakcik tersebut yang seperti ingin tahu menyebabkan saya terus menyampaikan apa yang anak muda pandang dan timbang hari ini.

"Kita kena pegang sesuatu, parti ini hanyalah wadah dan yang kita kena fikir adalah apa manfaat yang negara dan rakyat mampu terima".

Orang muda berfikir-fikir untuk miliki rumah.

Ada yang nak kahwin pun kena juga tahan hasrat.

Kalau tanya kerajaan hari ini pasti jawapannya samada kalau nak rumah murah, boleh pindah ke negara lain atau ini adalah langkah kerajaan bagi mencegah rakyat daripada berhutang.

Pakcik itu ketawa kecil sambil mengangguk kepala.

Walau kita pakai baju merah, hijau, oren atau ada lambang keris, roket , bulan dan sebagainya, akhirnya kita perlu fikir apa kepentingan buat negara dan rakyat jelata.

Apa salah kalau kita tukar kerajaan sekali?

Atau bimbang bila pembangkang perintah Cina akan rampas tanah kita?

Saya simpulkan ruang bicara tersebut dengan menyatakan sikap dan pendirian saya, semua parti hari ini bukan perlu menolak kepimpinan perdana menteri.

Ia termasuk di kalangan parti pembangkang dan juga Umno itu sendiri.

Jika kita biarkan, maka bertanggungjawablah kita dengan generasi mendatang.

Sebelum beredar, pakcik itu bertanya dengan semangat, "jadi apa langkah kita seterusnya?"

Saya senyum dan jawab, "tukar!" – 8 Februari, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments