rencana
Caca marba politik kita – Khairi Zulfadhli
Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang duduk semeja, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memberi sokongan padu pada Dr Mahathir. Ini adalah suatu keajaiban yang entah berapa ratus tahun akan berlaku lagi.
Saya teringat bagaimana Ozymandias melancarkan nuklear ke bandar besar seperti NewYork dan Moscow. Akibat tindakan Ozymandias ini, presiden Amerika Syarikat dan presiden Rusia boleh berjabat tangan bersetuju untuk menentang musuh yang satu.
Menarik di sini adalah tiada siapa tahu nuclear itu adalah hasil tangan Ozymandias kecuali Dr Manhattan, SilkSpectre, Nite Owl dan Roscharch. Betapa pintarnya Ozymandias meletakkan kesalahan kepada Dr Manhattan sehingga dunia melihat Dr Manhattan sebagai seteru utama.
Diterjemahkan ke dunia politik sekarang, Dr Manhattan mungkin adalah persona bernama Datuk Seri Najib Razak manakala Ozymandias itu mungkin tangan ghaib dibelakangnya. Mungkin seorang wanita hebat peminat beg tangan Hermes Birkin. Siapa yang tahu?
Apa yang pasti Najib melakukan perkara yang tidak ada siapa dapat bayangkan. Umno dan PAS saling sokong-menyokong, DAP-PKR- Dr Mahathir berjabat tangan.
Ini hebatnya Najib. Beliau menjadikan falsafah asas politik "The enemy of my enemy is my friend" sebagai kenyataan. Maka sekarang rakyat kembali dibuai dengan permainan politik caca marba ini.
Rakyat marhaen akan tetap bangun seawal 5 pagi dan beratur menaiki LRT. Tetap akan bayar tol dengan niat jihad. Tetap akan bayar GST pada kerajaan. Terima Kasih Najib. Malaysia Boleh! – 4 Mac, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments