rencana
Cara menukar kerajaan BN secara sah dan aman – Puthan Perumal
Untuk kebanyakan orang, fikiran tentang penukaran satu kerajaan nampak menimbulkan suasana anasir pemberontakan atau keganasan.
Sesetengah kita mempunyai tanggapan menukar kerajaan adalah perkara jahat, dan akan kelihatan tidak setia, mungkin juga kelihatan sebagai tidak bersyukur. Malah, sesetengah pihak mungkin berfikir atau anggap mengadakan diskusi ini adalah menyalahi undang-undang.
Tanggapan tidak berasas ini sangat jauh dari kebenaran.
Untuk menghargai konsep penukaran kerajaan (dan konsep itu sememangnya wujud dan benar), seseorang itu mesti memahami konsep kerajaan terlebih dahulu.
Perkataan ‘kerajaan’ sebenarnya berhubung kait dengan perkataan ‘tadbir urus’. Untuk memudahkan pemahaman, kerajaan merangkumi penjaga atau pemegang amanah yang bertanggungjawab terhadap kekayaan sesebuah negara dan terhadap kebajikan dan keselamatan rakyatnya.
Atas sebab itulah mereka dikenali sebagai penjawat awam.
Penjaga atau pemegang amanah ini bergabung untuk menjadi kumpulan orang yang dikenali sebagai kerajaan anda, yang berada di situ untuk berkhidmat kepada rakyat sesebuah negara. Mereka secara asasnya mentadbir urus sesebuah negara. Oleh itu, ia sememangnya satu pekerjaan yang mulia.
Selain daripada sfera atau aspek awam kerajaan yang memberi kesan kepada kita sebagai rakyat, terdapat juga ‘kerajaan’ dalam banyak aspek kehidupan peribadi kita.
Cuma kita tidak menyedarinya.
Daripada aspek persekolahan kepada isu rumahtangga, malah juga kepada perkara-perkara berkaitan dengan sukan dan agama, kita semua ditadbir urus oleh satu peraturan atau rangka kerja. Dalam peraturan atau rangka kerja tersebut, terdapat satu ‘kerajaan’ yang menentukan peraturan atau rangka kerja tersebut kekal di tempatnya.
Bagaimana satu ‘kerajaan’ berfungsi dalam aspek kehidupan peribadi kita berbeza-beza dan bergantung kepada budaya sesebuah masyarakat dan di bahagian dunia mana kita berada. Perbezaan budaya dan bahasa dan cara kehidupan ini memberi warna kepelbagaian maksud sebenarnya.
Bagaimanapun, kadang kala kita sedar perubahan kepada ‘kerajaan’ dalam aspek kehidupan peribadi kita adalah amat penting dan wajar, terutamanya apabila ‘kerajaan’ tersebut mempromosi keganasan yang berterusan, serta ketakutan, ancaman, ugutan, kecurangan, pembohongan dan ketidakadilan (senarainya beterusan).
Kita seharusnya mengumpul keberanian dan kesanggupan untuk menyuarakan kerisauan kita kepada mereka yang bertanggungjawab dalam ‘kerajaan’ kehidupan kita, agar peraturan atau rangka kerja tersebut dimansuhkan dan ditukar dengan yang baharu.
Sekiranya ‘kerajaan’ tersebut enggan berubah untuk kebaikan, maka kita mempunyai segala hak dan pilihan untuk menukar ‘kerajaan’ tersebut.
Dalam cara yang serupa, pilihan sebegini wujud dan benar, dan digunapakai secara sama rata dalam konsep penukaran satu kerajaan dalam sfera atau aspek awam.
Sekiranya tindakan dan kelakuan penjawat-penjawat awam yang membentuk kerajaan Barisan Nasional mempunyai unsur ketidakcekapan atau kesombongan atau penyalahgunaan kuasa, kita mempunyai pilihan dan segala hak untuk menukar mereka.
Sekiranya undang-undang dan peraturan yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggalakkan rasuah, diskriminasi, kebencian, kemiskinan, maka kita mempunyai pilihan dan hak untuk membuang undang-undang dan peratuan tersebut.
Isu yang mungkin timbul ialah, apa kita hendak buat apabila kerajaan BN beterusan untuk bertindak secara tidak cekap, sombong dan menguasai kita walaupun kebimbangan ini disuarakan rakyat berkali-kali?
Apa hendak kita buat apabila kerajaan BN enggan membuang undang-undang dan peraturan yang melahirkan rasuah, diskriminasi, kebencian dan kemiskinan?
Nampaknya perkara yang semula jadi dan wajar dilakukan adalah untuk membawa masuk sekumpulan orang baru yang tidak akan bertindak secara tidak cekap, sombong dan menguasai, dan yang akan membuang undang-undang dan peraturan tersebut, dan sebaliknya memperkenalkan undang-undang dan peraturan baharu yang akan menggalakkan keadilan, kesamarataan dan akauntabiliti (atau prinsip bertanggungjawab).
Itu membawa kita kepada topik perbincangan iaitu bagaimana hendak menukar kerajaan Barisan Nasional secara sah di sisi undang-undang dan secara aman.
Berikut adalah 10 perkara yang anda mesti diketahui:
Ketahuilah ia adalah hak anda untuk menukar kerajaan BN
Kerajaan BN sebenarnya bekerja untuk anda dan sepatutnya memastikan keperluan anda dan kebajikan anda sebagai rakyat sesebuah negara terjamin. Sekiranya itu tidak dijalankan, anda mempunyai pilihan untuk memilih orang lain yang akan berbuat demikian. Ianya semudah itu sahaja.
Ketahuilah ia hak anda untuk menyebarkan kesedaran kepada orang lain yang ia hak mereka juga untuk menukar kerajaan BN, sekiranya mereka ingin berbuat demikian
Sebagai satu ahli dalam masyarakat yang besar, kita semua adalah terikat secara warganegara dan dengan itu, tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kita dari mengadakan apa-apa diskusi dengan orang lain tentang hak untuk menukar kerajaan BN. Mengadakan satu diskusi sama ada hendak menukar kerajaan BN bukan salah di sisi undang-undang.
Ketahuilah ia hak anda untuk berjumpa dengan wakil kerajaan anda di kawasan anda dan untuk mengetahui apakah asas perjuangannya
Sebagai seorang penjawat awam, wakil kerajaan BN anda mempunyai satu tugas terhadap anda. Beliau mungkin dipilih, tetapi anda mesti pastikan beliau berjuang untuk kerisauan anda, dan tindakannya konsisten dengan asas perjuangan dan segala kerisauan anda.
Ketahuilah ia hak anda untuk sentiasa mempersoalkan kerajaan BN
Sentiasa peka tentang apa yang kerajaan BN sedang buat dan apa undang-undang yang diperkenalkan yang akan mentadbir urus anda. Menjadi peka tentang apa yang berlaku dengan BN adalah satu-satu caranya anda boleh mempersoalkan kerajaan. Ianya bukanlah salah di sisi undang-undang untuk menyoal kerajaan BN.
Ketahuilah ia hak anda untuk menyuarakan kerisauan anda kepada kerajaan BN
Sekiranya anda tidak pasti atau sangsi tentang apa-apa perkara yang kerajaan BN buat, atau tidak buat, atau sedang lakukan, tanyalah dan dapatkan jawapan. Adalah tugas mereka untuk menjawap kamu dan memberi penjelasan.
Ketahuilah ia hak anda untuk menyuarakan ketidakpuasan hati anda kepada kerajaan BN
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sesuatu yang kerajaan BN buat, atau tidak buat, atau sedang lakukan, nyatakan pendirian anda dan tuntutlah satu penjelasan atau jawapan. Ketidakpuasan hati anda mesti diambil kira dan dipertimbangkan, dan satu pembetulan mesti dilakukan sekiranya perlu. Jangan menerima ‘tidak’ sebagai satu jawapan atau berpuas hati dengan keengganan untuk menjawap. Jangan sesekali menerima ketidakcekapan sekiranya anda merasakan itu yang sedang berlaku.
Ketahuilah ia hak anda untuk berjumpa dengan bakal wakil kerajaan lain dari parti politik lain selain dari BN di kawasan anda dan mengetahui asas perjuangannya
Sebagai bakal penjawat awam atau penjawat awam di masa hadapan, ada banyak orang yang menawarkan diri mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi akhirnya hanyalah seorang sahaja yang akan dipilih untuk berkhidmat di kawasan anda. Namun, itu tidak bermakna mereka yang tidak terpilih berkurangan kalibernya.
Anda mempunyai hak untuk bercakap dengan mereka juga dan membuka minda kepada kemungkinan mereka mungkin akan berjuang untuk asas perjuangan anda dan kerisauan anda. Tidak salah untuk berbuat sedemikian.
Anda mempunyai hak untuk bercakap dengan mereka yang mungkin akan terpilih di masa hadapan sebagai ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negara (Adun) dari parti-parti politik yang lain selain dari BN walaupun anda mengundi untuk BN sebelum ini.
Bukalah minda anda kepada penukaran kerajaan BN
Jangan berada di bawah tanggapan tidak berasas langsung negara akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir sekiranya terdapat penukaran kerajaan BN.
Tiada perkara sedemikian langsung yang akan berlaku.
Sudahpun terdapat satu sistem tadbir urus yang akan terus berjalan seperti biasa dan memastikan urusan harian terus berjalan.
Bank anda masih akan berfungsi seperti biasa. Anak-anak anda masih akan pergi ke sekolah seperti biasa dan pejabat pos akan dibuka seperti biasa. Penukaran kerajaan BN tidak bermaksud satu deklarasi peperangan yang akan mewujudkan perintah larangan. Kehidupan anda akan berjalan seperti biasa, tetapi satu-satunya perbezaan ialah sekumpulan orang lain yang akan mentadbir urus sesebuah negara.
Itu sahajalah perbezaannya.
Jangan terasa dihadkan perasaan takut atau ugutan kerajaan BN, sekiranya anda merasakan sedemikian
Ugutan emosi kadang kala boleh menjejaskan pemikiran orang. Jangan terperangkap.
Kesetiaan anda bukanlah apa yang dipersoalkan apabila tiba masanya untuk menukar kerajaan.
Haruslah diingat, anda membuat keputusan siapa yang membentuk kerajaan dan tiada sebarang keganasan yang boleh menukar hakikat itu, ataupun berguna kepada sesiapa pun.
Kesetiaan anda adalah kepada Raja dan negara.
Keluarlah untuk mengundi untuk menukar kerajaan BN pada hari pengundian
Amat mustahak sekali untuk anda keluar pada hari mengundi dan mengundi.
Itulah satu-satunya cara secara fizikal untuk anda menukar kerajaan BN.
Dan mengundi adalah satu-satunya cara untuk memastikan terdapat penukaran kerajaan zahirnya. – 8 Mac, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments