rencana

Dunia ini penjara, hospital gila – Kapal Besi

Dulu masa kecil, saya pernah dengar ungkapan ini daripada orang tua yang sedang minum petang sambil menjamah ubi rebus dan melayan rokok cengkih sesama mereka.

Permulaan ceritanya begini, musuh kita adalah diri kita sendiri. Cinta itu anugerah Tuhan. Orang yang bercinta itu kerana nalurinya lemah.

Orang yang nalurinya lemah senang dan sangat mudah dipujuk. Orang yang bercinta itu tidak ada pendirian tetap.

Inilah sambungan kepada diri kita. Musuh kita adalah diri kita sendiri

Apabila semua kehendak dan kemahuan tercapai, diri kita adalah kawan kepada kita tetapi apabila kehendak dan kemahuan tersekat atau gagal, diri kita menjadi musuh kepada kita.

Jadi sebenarnya apa yang diri hendak itu sehingga daripada kawan menjadi musuh yang saling bertukar ganti tanpa sempat kita timbang taranya.

Yang nyata ialah jika kita dapat mencari jalan lebih baik iaitu bakti sejati itulah sebenar kehidupan.

Zahirnya adalah seperti berikut;

Jika kita dapat mengalahkan dan dapat mencari jalan membebaskan diri, diri kita inilah kawan kita. Sekiranya kita terikat dalam keadaan yang tidak bebas jiwa kita, diri kita inilah musuh kita.

Manusia itu sebenarnya gila.

Kita diturunkan dari planet yang di luar Tatawa kerana terkena penyakit gila. Buktinya nyata gila yang bermacam-macam di dunia ini.

Gila jadi kaya                                                                                                                  
Gila jadi menteri,
Gila kutip derma,
Gila handbag,
Gila cincin    
Gila jadi raja,
Gila jaga persatuan sukan       
Gila jadi beragama, gila ceramah, gila nak menjalankan hukum tuhan                                      

Gila menjanjikan hal Tuhan kepada orang lain.        

Gila tolong satu dunia tapi jiran sebelah rumah nak makan pun tak cukup

Dan ada bermacam-macam gila yang tak dapat nak tulis semuanya d isini.

Kerana penyakit gila inilah kita dihantar ke hospital gila iaitu planet bumi yang merupakan penjara dan mental hospital. Manusia itu tak akan sembuh dari gila selagi manusia itu tidak sedar.

Musuh kita adalah diri kita sendiri. Apabila manusia itu sudah sedar manusia itu tidak akan menginginkan berpenyakit gila lagi.

Kesedaranlah yang membuatkan manusia itu;

Tak mahu kaya
Tak mahu terima derma
Tak mahu jadi menteri
Tak mahu jadi pengampu
Tak mahu mahu jadi penyiasat cum lawyer cum hakim.

Tak mahu tolong satu dunia kerana hendak dapat nama tolong tetapi ikhlas kerana budi.

Dalam erti kata lain tak mahu dunia!

Selagi masih gila manusia itu sangat berkemahuan semua bab duniawi.

Bagaimana nak jadi sembuh dari gila atau dalam erti kata lain untuk jumpa jalan pulang. Selepas semua gila ini kita tak hendak, maka manusia itu dalam satu peringkat untuk kembali ke jalan pulang.

Kita manusia tak punya apa-apa dan tak berhak pun atas semua kehendak Tuhan, kenapa kita gila sangat kepada hal duniawi ini.

Mati nanti tak bawa apa-apa pun. Datangnya daripada sebesar lubang jarum nak kembali pun melalui lubang yang seluas itu…boleh kita bawa bekal.

Tuhan menyarankan supaya kita bersederhana sementara kita berusaha untuk sembuh daripada gila. Dunia ini penjara dan hospital gila.

Mati kita akan tinggal semua. Kita semua berasal dari kesucian dan senantiasa suci cuma kita yang tak tahu huraiannya. Semua manusia sama di sisi Tuhan yang menjadi bertingkat itu adalah bagaimana manusia itu memahami yang berikut:

Pertama Tuhan
Kedua, kuasa Tuhan                     
Ketiga, kehendak Tuhan yang sangat sukar difahami.

Manusia itu tidak diberi pemikiran untuk memikirkan kehendak tuhan yang sangat sulit itu.

Selepas manusia memahami kehendak Tuhan yang sangat sulit itu, manusia tersebut akan temui martabat keikhlasan iaitu ilmu tertinggi.

Jangan kita mati dalam gila. Cukuplah hidup kita melayan gila. – 22 Februari, 2016.

* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments