rencana

Gerakan Dr Mahathir suatu isu dendam yang belum padam – Mohd Fitri Asmuni

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak merasakan kenyataan yang dizahirkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir ketika majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan 4 Peringkat Perak tahun 2016 di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam lebih kepada dendam semata-mata.

Ini berikutan kedua-dua mereka dahulunya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 kerana menyokong gerakan reformasi yang dibangkitkan bekas timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada Umno.

Ianya lebih kepada dendam kesumat yang telah lama terpendam untuk “menutup” mulut Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini dan kini adalah masa yang sesuai yang digunakan mereka berdua serta dalam masa yang sama menunjukkan kesetiaan mereka terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Pemuda Amanah Perak, kebimbangan terhadap gerakan Dr Mahathir lebih kepada sejarah hitam yang pernah mereka lalui dahulu dengan membawa isu kroni, korupsi dan nepotisme yang kini masih tetap berlaku di dalam Umno.

Justeru, kami mencabar agar Zahid dan Zambry dedahkan skandal yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir ketika zaman pemerintahannya dahulu dan kini terlalu “bersih” pada zaman pemerintahan Najib yang mereka sanjungi ketika ini.

Kepada Zahid, selamat maju jaya dan naik pangkat jika Najib berundur nanti dan selamat berhijrah juga kepada Zambry menjadi menteri “penuh” jika Zahid sebagai perdana menteri kerana keakraban mereka berdua yang setia.

* Mohd Fitri Asmuni ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Perak.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments