rencana
Graduan juga ‘bidadara’? – Ahmad Zahier Arbi
Lebih 50,000 graduan berjaya dihasilkan universiti di Malaysia hari ini dalam pelbagai bidang. Namun, antara lebih 50 000 itu siapakah graduan yang berkhidmat sebagai aktivis kemanusiaan dan khidmat masyarakat selepas bergraduasi?
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat sahaja sudah mencecah 26 NGO seperti Yayasan Salam, Islamic Da’wah Foundation Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan lain-lain yang giat mengadakan program-program kemanusiaan dan khidmat masyarakat.
Penubuhan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) menggalakkan lagi penubuhan persatuan di kalangan belia di bawah 40 tahun untuk bergiat aktif di dalam khidmat masyarakat atau pembangunan belia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 juga dikenali sebagai Akta 668.
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) sebuah badan di bawah badan bukan berorientasikan keuntungan (NPO) yang mempunyai 6 cabang agensi kemanusiaan seperti Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE dan Salam Iraq.
Muhammad Aiman Mohd Zin antara aktivis yang aktif dalam mengerakkan agensi kemanusiaan ini ketika beliau seorang mahasiswa lagi dan semakin aktif selepas beliau bergraduasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau merantau hingga ke Palestin dan negara Islam yang lain untuk menghulurkan bantuan tatkala beliau berumur 20-an.
Kegigihan ini menunjukkan beliau “bidadara” mahasiswa yang dinanti masyarakat dalam mengerakkan misi kemanusiaan ini.
Beliau bukan sahaja membantu manusia yang memerlukan namun mengharumkan nama Malaysia dengan menujukan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada dunia.
Wan Anwar Wan Ibrahim juga graduan UIAM yang kiat aktif dalam Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) ketika beliau seorang mahasiswa di UIAM.
Beliau aktif walaupun selepas bergraduasi dari universiti tempatan ini dengan memegang jawatan Pengarah Operasi i-Bantu Ikram Selangor dengan membantu proses pemulihan negeri yang terkesan dengan banjir pada tahun 2014.
Kegigihan ini menunjukkan konsep bidadara graduan yang diimpikan masyarakat yang haus dengan graduan yang berjiwa masyarakat. Kini, beliau juga aktif dalam bidang politik dalam membela keperluan masyarakat.
Khidmat masyarakat ini tidak terhenti hanya di ruang lingkup pembelaan isu manusia dan golongan miskin sahaja. Mengajar dan mendidik juga adalah suatu khidmat masyarakat yang amat mulia dalam memastikan anak bangsa ini terus berfikiran jauh dan terbuka.
Menjadi seorang guru di sebuah sekolah yang jauh dari bandar juga menunjukkan nilai pengorbanan yang tinggi bagi seorang graduan, Irfan Masiri graduan Universiti Sultan Zainal Abidin,Terengganu (Unisza) yang menjadi guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Batu Pahat sebuah sekolah dibawa (Musleh) juga merupakan NPO.
Beliau menunjukkan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa kendatipun sekolah baru sahaja dibuka pada sesi 2016, graduan yang menjadi pendidik awal di sekolah ini dan perlu bersama-sama pentadbir memajukan sekolah tersebut ke satu peringkat yang baru dengan jumlah pelajar yang masih sedikit.
Beliau menjadi bidadara masyarakat dengan menghulurkan kemahiran dan ilmu agar anak bangsa mendapat hak intelektual dalam menempuh arus ilmu dan teknologi yang pesat berkembang.
Azlan Rudy Malik seorang peneraju utama IM4U pada 2015, menujukan komitmen beliau dalam membantu belia membangunkan fungsi belia di Malaysia dengan menggalakkan belia menceburi dalam bidang khidmat masyarakat ini, sasaran IM4U dalam mencapai 1.2 bilion aktivis khidmat masyarakat di Malaysia.
Ini menjadikan IM4U dipandang tinggi masyarakat dunia dengan nilai yang dipromosikan oleh persatuan ini.
Bidadara ini diimpikan, dinanti dan diharapkan oleh seluruh masyarakat dunia, ada yang terus menanti tapi berapa ramai yang memikirkan ianya adalah realiti dan boleh dibina?
Berapa ramai yang memikirkan bahawa bidadara mampu dicipta dan bawa keluar nilainya? Graduan, andai ibu bapa mengharapkan anda untuk mengubah nasib keluarga, kerajaan mengimpikan graduan yang memajukan negara, salahkan masyarakat mengharapkan jasa kalian?
Ayuh graduan menjadi bidadara masyarakat ini dengan memberi khidmat kepada mereka, cukuplah filem yang kita tonton dan tarian-tarian yang mengasyikkan, sementara kalian menunggu peluang kerajaan, ayuh lah kita menyumbang kepada masyarakat.
Dianggarkan lebih belasan ribu graduan yang menganggur dan ini adalah masanya untuk anda keluar dan berkhidmat wahai bidadara graduan.– 8 Februari, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments