rencana
Hentikan diskriminasi gender – Zuraida Kamaruddin
Pengurangan jumlah wang 90% oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Noorfadilla Ahmad Saikin adalah satu ketidakadilan kepada mangsa diskriminasi gender.
Jumlah asal sebanyak RM300,000 dikurangkan kepada RM30,000 sebagai wang pampasan kerajaan selepas menamatkan pekerjaannya hanya kerana beliau sedang mengandung ketika itu.
Tindakan berat sebelah terhadap wanita hamil ini dalam industri pekerjaan adalah sangat tidak digalakkan dan perlu dibendung di semua peringkat.
Selama 7 tahun, kes berlarutan dan pun memenangi kes pada 13 Julai 2011, seterusnya kerajaan membuat rayuan, dan kalah dalam rayuan, namun tiada hukuman berat dijatuhkan.
Selepas 2 tahun, pihak yang memfailkan sebagai ganti rugi dianugerahkan RM300,000 setahun kemudian iaitu pada 10 November 2014.
Namun atas permohonan kerajaan untuk merayu, kes tersebut terus ditangguhkan.
Tiga hari lalu, keputusan yang diberikan dengan hanya sejumlah wang bersahaja menunjukkan ketidakseriusan dan tidak sensitifnya buat mangsa. Saya terpaku bagaimana mahkamah undang-undang ini memberikan keadilan.
Ini sepatutnya menjadi satu tanda buat semua majikan supaya tidak mendiskriminasikan wanita hamil tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila tamparan itu diberikan pada mangsa dengan jumlah wang pampasan dikurangkan dengan banyak sekali serta tidak setimpal layanan ketidakadilan kepada beliau.
Hak asasi seperti kehamilan sepatutnya disokong masyarakat terutama kerajaan, bukan sebaliknya dengan menindas mereka.
Saya akan terus membawa isu ini ke dalam Parlimen pada sesi akan datang untuk mencadangkan bagi meminda undang-undang buruh dengan meletakkan larangan bakal majikan meminta maklumat status kehamilan wanita termasuk ujian air kencing dan pemeriksaan kesihatan.
Saya melihat perkara ini adalah sangat serius kerana kes ini jelas menindas dalam sektor pekerjaan.
Keputusan mahkamah memberi kesan buruk pada ketika kita dalam usaha untuk menjuarai kesaksamaan gender dan hak asasi manusia. Saya tidak akan berdiam diri. – 18 Februari, 2016.
* Penulis adalah ahli Parlimen Ampang dan ketua Wanita PKR.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments