rencana
Hina dan tanya banyak beza – Syafiq Azmi
Seorang teman karib saya bertanya perihal Damian Yeo, orang kuat DAP Melaka. Beberapa kali juga saya berpeluang bertentang mata dengan beliau dan pernah bersama-sama dalam satu program yang dinamakan sebagai Sidang Anak Muda Melaka.
Isu sebenar bukanlah apa yang ditanya Damian perlu dilihat sebagai satu bentuk penghinaan tetapi melihat ia sebagai persoalan yang harus dijawab secara hikmah dan bijak.
Namun, yang berlaku ialah sebaliknya malah ada yang menjadikan isu ini sebagai ruang menghentam Damian tanpa bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkannya.
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Ayat 8, Al-Maidah).
Damian Yeo bertanya apakah dalam Islam setiap orang yang melakukan kesalahan tidak kira sama ada jenayah atau penipuan akan terhapus dosanya apabila menjejakkan kaki ke Mekah. Berbeza dengan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak bahawa Damian menghina kiblat umat Islam.
Apa yang dipersoalkan oleh Damian adalah apa yang sedang berlaku hari ini dan sekian lama. Ramai yang beranggapan selepas pulang dari menunaikan Umrah atau pun Haji maka mereka akan bersih dan akan terus mengulangi perbuatan buruk yang sama dan kemudian ke Mekah lagi.
Tanpa kita sedar Damian sedang membuka minda masyarakat Melayu Islam terutamanya supaya jangan dilihat hanya pada luaran. Dalam konteks yang dimaksudkan ialah ahli politik.
Selepas menipu dan menzalimi rakyat maka mereka melakukan pembersihan imej dengan agama sebagai alat.
Begitu juga dalam agama lain. Ianya menjadi adat sehingga agama sering dipergunakan bagi mengaburi mata pentaksub mereka. Saya bersetuju dengan celahan David Cameron, Perdana Menteri United Kingdom terhadap cara kempen Donald Trump yang menjadikan Islam sebagai sasaran.
Cameron berkata Islam itu tidak ekstrem tetapi yang ekstrem adalah umat Islam yang radikal.
Ingat, hina dan tanya itu banyak beza. – 21 Februari, 2016.
* Muhammad Syafiq Azmi ialah presiden Aspirasi Rakyat Marhaen.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments