rencana
Institusi pondok sokong PAS? – Muammar Qaddafi
Dalam ruang komen rencana The Malaysian Insider pada rencana bertajuk "Amanah,Umno sasar Kelantan" seorang pembaca membuat dakwaan PAS Kelantan kukuh antara faktornya kerana disokong institusi pondok (ditulis ulama-ulama pondok).
Ya, di Kelantan terdapat banyak sekolah pondok wujud di serata negeri yang ditubuhkan orang persendirian. Pengasas pengasas pondok merupakan individu yang ada pengaruh dan pengikut tersendiri dalam kalangan masyarakat sekitar,tetapi boleh terimakah dakwaan majoriti ulama pondok menyokong PAS?
Masalah dalam dakwaan penyokong PAS adalah bercakap berpandu rasa dan syok sendiri, tanpa ada fakta dan kajian yang lebih teliti.
Satu kajian dan pemerhatian pengkaji Indonesia berkaitan institusi pondok di Kelantan, 70% adalah beraliran sufi atau lebih mudah dibahasakan sebagai penyokong “yahanana”. Manakala umum mengetahui kelompok “yahanana” lebih mudah dibela Umno, bukan PAS.
Lihatlah pendekatan Umno pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), apabila mereka maklum rakyat gemarkan perkara seumpama majlis ketuhanan yang diserikan dengan nyanyian dan nasyid, maka Umno pun berubah wajah daripada kemeja kemas berkot kepada jubah putih serta berkopiah putih.
Jika dulu sambutan tahun baharu dimeriahkan dengan bunga api dan mercun,akhir-akhir ini ia dimeriahkan dengan nyanyian-nyanyian selawat dab qasidah.
Umno tahu acara-acara ini walaupun bertopengkan cinta rasul dan ketuhanan, ia tidak akan campur soal rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Tidak hairanlah pemimpin PAS pun pernah bersuara akan hal ini dengan mengatakan, "Kalau Nabi dulu hanya beryahanana, Abu Jahal pun tidak lawan Nabi (Islam).”
Justeru, mendakwa institusi pondok bakal memberi sokongan kuat kepada PAS adalah satu dakwaan lemah dan jika mereka berkeyakinan dengan dakwaan ini, maka ia adalah keyakinan yang memakan diri.
Ya, mungkin ada institusi pondok menyokong PAS, cuma dengan mendakwa majoriti menyokong PAS dalam keadaan kita maklum golongan ini yang mungkin membantu memberi undi kepada Umno-Barisan Nasional kelak adalah terlalu naif dan buta politik.
Pembahagian utama undi Umno dan PAS pada pilihan raya lalu ialah pengundi Umno adalah perempuan dan orang tua.
Manakala pengundi pas adalah orang muda, berpelajaran dan perantau. Namun, tidak ada bukti pelajar pondok adalah jaminan undi PAS (kecuali beberapa).
Yang pasti, ini tanah subur, Umno's breeding ground.
Berpolitik syok sendiri tanpa merujuk kajian luar yang punyai maklumat yang lebih baik akan sentiasa meletakkan PAS sebagai parti kampung dan selagi ia parti kampung, maka janganlah bercita-citakan Putrajaya.
Tanpa kekuasaan di Putrajaya, retorik hudud PAS akan kekal sebagai retorik sahaja. – 14 Februari, 2016.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments