rencana
Melayu perlu berani jika tidak mahu menyusahkan rakyat Malaysia – Muhammad Syafiq Azmi
Sebuah badan kaji selidik yang sering turun ke lapangan bagi mendapatkan pola dan corak pilihan bangsa melayu mengkaji apakah faktor serta sebab mengapa orang melayu masih tidak berani melakukan perubahan.
Kajian yang dibuat sekitar 2015 membuktikan ianya benar dan penulis merasakan keadaan ini semakin meruncing serta perlu diatasi.
Badan yang dikenali sebagai Ilham Centre dengan kaji selidik yang mereka lakukan di beberapa negeri di barat dan selatan tanah air mendapati rata-rata ahli Umno memang marah atas tindakan Datuk Seri Najib Rzak dalam tindakannya memecat ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas timbalan perdana menteri.
Namun apabila ditanya perihal sama ada mereka tetap akan memilih Umno pada pilihan raya umum akan datang, maka jawapannya adalah mereka tetap akan mengundi Umno. Ramai antara mereka ialah daripada sayap parti iaitu dari kaum wanita.
Antara dapatan yang diperolehi mengapa mereka mengambil pendirian dan sikap begitu adalah ramai di kalangan mereka terikat dengan sistem pinjaman seperti TEKUN dan sebagainya.
Mereka ditakut-takutkan, menyebabkan mereka akan terus memberi undi kepada parti melayu tersebut.
Ini adalah salah satu dogma politik yang Umno garapkan supaya mereka terus kekal berkuasa. Ia juga merupakan penjajahan hak bagi membuat pilihan secara senyap.
Walaupun populariti Najib tidaklah begitu baik, namun instrumen-instrumen milik mereka dimaksimakan penggunaannya agar mereka terus kekal berkuasa.
Seharusnya daripada kalangan bangsa melayu mereka perlu lebih berani dan tegas dengan keputusan yang akan dibuat secara kefahaman.
Ramai di kalangan orang melayu terlalu bersangka baik hingga ditipu setiap kali pilihanraya menjengah. Sangka baik perlu ada tempat sehingga kita seringkali menjadi mangsa projek pembodohan kerajaan.
Keengganan orang melayu merubah corak pemikiran akan menyebabkan semua rakyat menanggung beban di atas dosa politik yang Umno lakar semenjak sekian lama lagi. Umno melalui kerajaan akan sedaya upaya menafikan kuasa lain selain mereka untuk mengambil alih Putrajaya.
Perubahan itu perlu seiring dengan perkembangan, bukan terus mengekalkan tradisi sehingga dilihat terlampau jauh daripada keperluan semasa.
Hari ini Umno berjaya mencapai matlamatnya dengan memperdaya sebuah parti besar dalam pembangkang. Parti tersebut juga antara parti teras orang melayu.
Akhirnya rakyat akan mula bosan dan jelak dengan kesedaran politik yang seakan mula menampakkan sinarnya.
Penulis kadangkala terpaksa bersetuju dengan saranan Hishamuddin Rais yang sering menyatakan kerajaan di Malaysia hari ini hanya mampu diubah melalui jalan raya dan tidak melalui pilihan raya.
Melayu perlu bangkit sebagai gelombang utama dalam mencipta sejarah baharu dalam perubahan pentadbiran tanah air. – 15 Februari, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments