rencana
Mengkhianati perjuangan Umno – Abdul Halim Daud
Tindakan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghadiri majlis yang dianjurkan Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang jelas menunjukkan mereka mengkhianati Umno.
Saya secara pribadi berasa amat sedih dan sangat kecewa dengan tindakan ini kerana ia jelas menunjukkan mereka ini sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang selama ini tidak pernah puas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan fitnah yang mereka lemparkan, saya boleh menyatakan tindakan Dr Mahathir ini ibarat meludah ke langit dan saya menyeru ahli parti tidak lagi untuk terus menghormati mantan pemimpin sebegini.
Tindakan ini seharusnya tidak boleh disokong kerana perdana menteri menerima mandat dan sokongan padu daripada rakyat dan ahli parti.
Banyak lagi ruang dan cara boleh dilakukan dan tidak perlu kita bersekongkol dengan pembangkang yang hanya mahu mengambil kesempatan di dalam permasalahan ini.
Mana mungkin perjumpaan itu dibuat hanya untuk menjatuhkan perdana menteri tetapi terus menyokong kerajaan Barisan Nasional dan Umno walhal semua tahu DAP Dan PKR ini jelas tidak akan menyokong Barisan Nasional.
Maka saya mengharapkan pihak tertinggi kepimpinan Umno Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua kerana menjatuhkan imej parti keramat bangsa Melayu ini.
Tindakan ini jelas satu pengkhianatan kepada bangsa melayu terutama ahli parti dan mereka ini tidak layak lagi untuk terus berada di dalam Umno. – 5 Mac, 2016.
* Abdul Halim Daud adalah ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments