rencana
Menjawab artikel ‘penubuhan Twitter PICRC’ – Wan Aiman Khudzri
Ayuh harmonikan Malaysia!
Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi dinafikan hak mereka.
Penubuhan akaun twitter @OfficialPirc milik Polis Diraja Malaysia mematikan sistem demokrasi yang kita luhurkan.
Rakyat Malaysia sudah hilang hak mereka untuk menyatakan hak mereka.
Rakyat kini dicabar, ditakutkan dan diugut untuk diadakan sisatan lanjut sekiranya wujud apa-apa komen yang menguji kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.
Saya kira suasana sebegini tidak ideal dalam menjana produktiviti negara.
Rakyat jadi kian gusar. Segala hasrat dan kehendak rakyat yang sepatutnya menjadi mekanisme semak dan imbang (check and balance) dasar pemerintahan negara jadi lumpuh.
Adalah baik kiranya kegusaran, idea dan getusan, cetusan, kerisauan, dan komen rakyat mampu disalurkan ke saluran yang baik.
Malaysia adalah negara yang luhur perlembagaannya.
Rakyatnya terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan agama jua etnik, menjadi potensi yang besar dalam proses dan usaha membangun Malaysia yang kita cintai.
Mewujudkan ruang diskusi di mana rakyat dan pemerintah secara bersua muka mampu "bersembang", berbual, berdiskusi dan berdebat secara hikmah adalah jalan keluar berbanding "momok" yang menakutkan minda rakyat dari terus merencatkan pemikiran mereka.
Ayuh wujudkan Malaysia Negara Rahmah. – 3 Februari, 2016.
* Wan Aiman Khudzri bin Wan Ab Rahman Khudzri adalah aktivis IKRAMSiswa
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments