rencana
NGO sedih penutupan TMI – Geramm
Hari ini kita menerima berita sedih – laman berita The Malaysian Insider, atau TMI, akan menghentikan operasinya tepat 12 tengah malam ini.
Sepanjang 8 tahun operasi, TMI memberi sumbangan kepada dunia kewartawanan dan melahirkan pengarang dan wartawan yang bagus. Ada antara mereka kini bersama-sama agensi berita antarabangsa.
Gerakan Media Marah (Geramm) ingin menyuarakan rasa simpati kepada semua kakitangan TMI yang hanya menerima berita mengejutkan ini awal hari ini.
Pada masa sama, kami juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada semua kakitangan TMI – dulu dan kini – yang bersama-sama menegakkan kebebasan media dalam persekitaran Malaysia yang sentiasa bermasalah.
Geramm ingin menggesa Edge Insider Sdn Bhd dan The Edge Media Group untuk memastikan semua kakitangan TMI menerima pampasan yang memadai menurut undang-undang buruh, jika mereka tidak diserap ke jabatan lain.
Dengan ini kami mengalu-alukan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat semua 59 kakitangan TMI akan menerima pampasan sepatutnya.
Bagaimanapun, kami juga ingin menyatakan kebimbangan memandangkan ini adalah 2 laman berita di bawah The Edge yang ditutup.
Laman FZ.com ditutup pada 2014, dan sebahagian kakitangannya diserap ke dalam The Edge dan TMI.
Turut menambah kebimbangan adalah ini hanya salah satu daripada senarai panjang laman berita yang ditutup; ABN News, mytourismtv, mobtv, theantdaily dan baru-baru ini The Rakyat Post, yang ditutup atas faktor kewangan, dan dalam kes TMI dan The Edge sebelumnya, kerana tekanan kerajaan.
Geramm mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan TMI dan berharap semangat mereka akan terus menyala dalam waktu-waktu sukar ini.
Semoga Phoenix akan bangkit jua dari abu.
Geramm adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya. – 14 Mac, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments