rencana

Penjelasan kempen gaji minima PSM – Khairul Nizam Abd Ghani

Dalam kempen gaji minima yang digerakkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) ini, ramai yang tidak faham, was-was dan ramai juga yang membantah.

Ianya bagus untuk kita berbantah dalam isu ini berbanding parti siapa paling mulia dan ceramah mana paling ramai yang hadir.

Secara ideanya, PSM mahu melindungi pekerja dari dipinggirkan keuntungan syarikat / majikan. Jurang gaji barisan bos terlalu besar berbanding pekerja peringkat bawah.

Selain itu, gaji yang lebih daripada ramai orang, akan membuatkan belanja lebih daripada ramai orang.

Ianya akan membuatkan permintaan meningkat. Pasaran dan ekonomi akan turut meningkat.

Contohnya, seorang bos Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bergaji RM1 juta sebulan. Hanya seorang.

Perbelanjaannya pula hanya meningkatkan sektor mewah import (ferrari, bla bla bla... ).

Tetapi, RM1 juta boleh menggaji 666 pekerja dengan RM1500 bagi seorang pekerja. Perbelanjaan 666 pekerja akan meningkatkan sektor keperluan barangan tempatan.

Sekiranya tuntutan ini digunakan kerajaan, ianya menyebabkan syarikat terpaksa membentang keuntungan kepada kerajaan.

Adakah keuntungan syarikat (hasil titik peluh bersama) condong kepada barisan bos terlalu besar berbanding pekerja? Jika tidak, bagaimana?

Ini tahap pertama.

Bagaimana dengan peniaga char kuew tiaw (kecil) yang memerlukan pekerja, tetapi tidak mampu membayar gaji minimum?

Pertama, kita kembali kepada mekanisme tahap pertama tadi. Setiap syarikat berdaftar (kecil dan besar) perlu membentang keuntungan kepada kerajaan.

Syarikat tidak berdaftar kan terlepas kecuali tindakan pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tahap ke-2nya, apabila ketirisan kerajaan sangat minima, perbelanjaan cekap dan hanya bila perlu, maka lebihan pendapatan boleh menyebabkan kerajaan menambah gaji pekerja.

Apa pun tahap yang mampu kita capai, tangga pertama ialah tuntutan dan kempen idea. Dari kempen 5 tahun dahulu, kerajaan sekarang sudah menerima pakai gaji minima RM900 (cuma perlu diperbaiki berkenaan manipulasi majikan, dan mekanisme terbaik).

PSM meneruskan kempen dan menaikkan gaji minima kepada RM1500 terutama untuk bandar besar .

Wallahualam. Share jika setuju. Komen jika ada cadangan / pandangan / bantahan kepada PSM.

*Khairul Nizam Abd Ghani ialah AJK Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pengerusi PSM Kelantan .

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments