rencana
Peranan belia dalam Malaysia jadi negara rahmat – Nur Afiqah Nordin
Sebagai warganegara yang berwawasan dan cinta negara, kita sentiasa mengimpikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan mempunyai nilai etika tinggi seperti negara maju lain.
Pelbagai kontroversi dan polemik yang melanda negara seharusnya menjadikan belia lebih motivasi dalam mendepani isu agama, masyarakat dan negara. Tidak terkecuali, isu manusia sejagat dalam peringkat antarabangsa seperti krisis di Syria, Rohingya, Palestin dan negara lain seharusnya menjadikan kita tidak betah untuk hanya memerhatikan segalanya berlaku dari jauh.
Belia tidak dapat tidak haruslah menyedari peranan mereka dalam mewujudkan negara yang rahmat dan harmoni. Malaysia mendefinisikan belia sebagai generasi berumur 15 hingga 40 tahun. Dalam tempoh umur tersebut, belia mampu menjadi agen perubahan dalam masyarakat dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.
Selaras dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semasa majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal ke-29 pada 2014, generasi belia diharap dapat menerajui barisan kepimpinan negara dan berubah selaras dengan perkembangan transformasi negara.
Sehubungan itu, antara peranan yang boleh dimainkan belia dalam memacu perubahan negara ke arah yang lebih baik adalah;
Pertama, sentiasa peka dalam isu masyarakat dan antarabangsa dengan memanfaatkan teknologi dan memastikan maklumat sumber yang sahih.
Kedua, melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan kelab dan NGO yang menyokong usaha ke arah kesedaran belia.
Ketiga, menjadi contoh ikutan di tempat kerja dengan mengamalkan sahsiah yang terpuji dan amalan kerja yang cemerlang.
Keempat, matang dalam memberikan pendapat dan terbuka kepada kepelbagaian idea.
Kelima, sentiasa memberi peluang kepada diri untuk menjadi lebih baik dengan menghadiri majlis ilmu tidak kira daripada aspek kerohanian, ekonomi, mahupun sosial dan kemasyarakatan.
Jika setiap belia di Malaysia memainkan peranan masing-masing dalam memajukan diri dan masyarakat, sudah tentu negara yang lebih baik akan dapat kita peroleh tidak lama lagi.
Oleh itu, marilah kita bersama berganding bahu dalam memacu transformasi negara ke arah Malaysia sebagai negara rahmat! – 10 Februari, 2016.
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments