rencana
Tunggakan gaji, FAM dan FMLLP harus tangani segera dan bertindak tegas – Zafril Eusoff
Menjelang Liga M musim ini, Angkatan Muda keadilan (AMK) menyeru pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain seperti yang digembar-gemburkan ini dengan kadar segera.
Merujuk pendedahan Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), terdapat 3 pasukan Liga M yang masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain membabitkan jumlah kira-kira RM4.32 juta pada musim lepas.
Tiga pasukan yang terjejas adalah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda dan Kelantan.
Masalah ini adalah sewajarnya dipandang serius bukan saja kerana melibatkan integriti pengurusan pasukan, malah boleh menyebabkan imej dan reputasi bola sepak negara tercemar jika masalah ini tidak ditangani.
Justeru, AMK mencadangkan pihak FMLLP dan FAM bertindak tegas ke atas pasukan yang masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain ini sekiranya hukuman tolak mata di dalam liga atau gugur dari liga didapati tidak berkesan.
Bola sepak bukan sekadar sukan semata-mata.
Bola sepak adalah medium perpaduan rakyat.
Namun pada sama, ia juga sumber pencarian buat para pemain.
Maka sewajarnya kebajikan dan keperluan mereka ini diambil serius dan diselesaikan dengan segera. – 12 Februari, 2016.
* Zafril Eusoff adalah ahli majlis pimpinan pusat, Angkatan Muda Keadilan(AMK).
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments