rencana

Warga emas OKU berhak peroleh bantuan – Jofri Jaraiee

Keluarga Going Derman memohon diberikan bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan.Keluarga Going Derman memohon diberikan bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan.Masalah setinggan dan sukar memiliki tanah sendiri di Bandaraya Miri semakin gawat disebabkan harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Seorang penduduk yang sudah lebih 40 tahun menetap di Jalan Pujut @ ‘Pujut Rail’ Tanjung Batu mengadu kepada pihak PAS kerana tidak dapat bantuan kebajikan daripada agensi berkaitan.

Going Derman, 70, mempunyai 6 anak terdiri, 3 perempuan dan 3 lelaki. Isterinya bekerja sebagai pembantu  tukang masak di Pasar Malam Seberkas dan dia sendiri tidak bekerja disebabkan hilang penglihatan akibat kemalangan.

Going menerima nasib malang apabila terkena paku pada salah satu matanya ketika pulang dari kerja di rumahnya pada 2010.

Dia terlantar selama lebih sebulan di Hospital Umum Miri dan diberikan rawatan percuma kerana disahkan sebagai OKU (orang kurang upaya) akibat kemalangan itu.

Dia diberi kad OKU oleh pihak badan kebajikan tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang bantuan bulanan.

Alasan pihak badan kebajikan ialah anaknya mampu menanggung beliau sekeluarga.

 Kad OKU Going Derman yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kad OKU Going Derman yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anak perempuan sulungnya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Anak lelaki ke-2 pula bekerja sebagai askar di Semenanjung sementara 3 lagi masih belajar di SMK Baru dan juga di SK Pujut.

Menurut isterinya, anak mereka yang masih belajar juga tidak mendapat bantuan persekolahan seperti murid lain.

Ketiga-tiga anaknya ke sekolah menggunakan van sekolah dan bayaran bulanan sebanyak RM135.00.

Menurutnya lagi, hanya sekali saja pihak Baitulmal Sarawak memberi sumbangan tetapi selepas itu tiada lagi sumbangan diterima.

Going yang tidak dapat bekerja dan hanya bergantung nasib pada isteri dan anak, ia sudah tentu tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan harian sekeluarga.

Mereka amat mengharap agar masalah dihadapi selama ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan berkaitan. Keadaan rumah mereka juga usang dan perlu dibaik pulih kerana tiadanya kemampuan untuk melakukan demikian.

Justeru, digesa pihak badan kebajikan serta pihak Baitulmal Sarawak memberi bantuan bulanan kepada Going kerana dia sememangnya layak menerima bantuan bulanan disebabkan tidak dapat bekerja dan boleh dikategorikan sebagai golongan miskin di bandar.

Pihak berkenaan boleh datang sendiri melihat keadaan serta nasib yang menimpa Going. Kerjasama daripada pihak berkaitan untuk mengatasi masalah Going sekeluarga amat dihargai. – 7 Mac, 2016.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments