Opinion

Politik baru tanpa perkauman

Tentu masih ramai yang sangat terkesan akan ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika, Marthin Luther King Jr, yang berbunyi:

“Saya ada 4 anak yang sedang membesar. Saya mahu melihat anak saya itu nanti dinilai bukan berdasarkan warna kulit dan keturunannya, tetapi dinilai atas kebolehaannya.”

Ini sebuah pesan yang sangat universal sifatnya. Iaitu menentang perkauman di mana saja, dalam apa juga keadaan.

Tetapi jangan lupa Islam terlebih dulu menentang fahaman perkauman (assobiyah), apabila Nabi Muhamad secara tegas menyatakan , “bukan daripada umatku, mereka yang menyeru kepada fahaman perkauman.”

Hadis ini sering diucapkan suatu masa dulu.

Tetapi, kini hadis ini seperti sayup-sayup didengar, ataupun jarang didengar, ketika isu perkauman kelihatannya membara kembali, semarak, malah menakutkan.

Lebih-lebih lagi, di kalangan orang politik, jeritan perkauman ini semakin lantang, dituruti dengan pelbagai aksi perkauman yang sangat menakutkan.

Seolah kita kembali semula ke zaman lampau, di mana isu perkauman menjadi isu dominan, terutama dalam kempen pilihan raya.

Sungguh aneh, kini isu dan aksi perkauman ini terus menyala ketika kita sedang berada di era paling moden dalam semua bidang teknologi, terutamanya teknologi maklumat yang menghantar maklumat sepantas kilat.

Di sinilah saya kira, Parti Amanah Negara (Amanah), parti politik bernuansa Islam yang baru berumur lebih kurang 3 bulan itu berdepan dengan tugas dan peranan untuk mengajak masyarakat pelbagai kaum menghindari perkauman dalam apa juga bentuk.

Tugas Amanah ini tentunya mengingatkan kembali mayarakat akan pesan Nabi Muhamamd tadi, “Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan perkauman.”

Kini, kelihatannya kelahiran Amanah sebagai rahmat yang tersembunyi.

Demikianlah Allah mengatur segalanya di bawah ketentuan-Nya.    

Amanah lahir ketika kecamuk perkauman sedang menguasai suasana dan sangat mengeritkan. Menyebabkan parti politik perkauman hilang daya kekuatan tanpa menjeritkan perkauman.

Inilah suasana yang kelihatannya mahu kembali semula kepada politik kuno yang berpaksikan kaum, suka sakat dan handai taulan.

Politik kuno ini sangat bertentangan dengan masyarakat moden dan majmuk Malaysia, yang sepatutnya melepasi tembok perkauman ini.

Maka Amanah berperanan memadamkan api perkauman itu, mengembalikan semula peranan Islam yang menjadi “rahmat seluruh alam”, menjadi penyelesai masalah manusia.

Tentunya masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan agama sedang menyaksikan penuh perhatian kehadiran Amanah di persada politik nasional.

Mereka menaruh harapan inilah parti masa depan rakyat Malaysia, yang berjuang merentasi kaum dan agama.

Dengan keupayaan para tokoh pimpinannya – gabungan para agamawan, pemikir, professional, teknokrat, golongan veteran politik, aktivis muda dan terpelajar, disokong masyarakat madani - saya kira, Amanah, sedang bergerak gagah.

Walking tall, untuk memenuhi tanggungjawabnya yang sangat penting.

Tugasnya ialah untuk membina masyarakat adil, mengembalikan semula nilai dan harga diri rakyat, memulangkan kembali kemakmuran negara ini kepada rakyat, memberikan hak dan kebebasan – berasaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan mengembalikan semula keharmonian kaum.

Lebih daripada segalanya, mengeluarkan rakyat daripada kehidupan yang sangat menyeksa, disebabkan harga barangan yang sangat mahal, yang tidak mampu ditanggung rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Amanah akan terus hadir di gelanggang politik, mengambil peranan penting dengan merentasi kaum dan agama.

Kehadirannya ini sudah mendapat sambutan rakyat hari demi hari.

Golongan Muslim dan non-Muslim, kelihatannya ikut serta hadir dan memberikan sokongan setiap program Amanah seluruh negara, mencerminkan parti baru ini mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

Sebab itu kalangan penganalisis politik dan kemasyarakatan melihat ini isyarat yang Amanah sebagai alternatif kepada parti perkauman yang berselerak di negara ini dengan segmen mereka yang pelbagai.

Pada akhirnya, kata seorang pengamat politik, Ir Ab Rashid Markom, rakyatlah yang akan menentukan parti politik mana yang akan mereka pilih, bukan berdasarkan pengalaman, usia dan ramai mana jumlah pendukung sesebuah parti itu.

Sekarang ini, kata seorang pegawai eksekutif syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur, Robert Lam, rakyat akan memilih parti yang tidak perkauman, yang mampu membuat perubahan.

Beliau berkata, rakyat sudah jemu dengan isu perkauman, dan beliau berharap Amanah, akan mengemukakan gagasan politik baru, bukan politik kuno yang meniiti atas perkauman.

Seorang lagi, pemerhati politik, Dr Azman Othman dari Ampang berkata, dengan pengalaman luas dalaam politik masa lalu, para tokoh yang memimpin Amanah sekarang tentunya memahami kehendak majoriti rakyat sekarang.

“Mereka tidak akan memilih parti perkauman, kalau sekadar retorik hendak membela rakyat, tetapi pada akhirnya, tembolok mereka saja yang kenyang.’

Para pemerhati politik ini berpendapat, dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, majoriti pengundi terutama pengundi bandar, golongan muda dan terpelajar akan menolak parti yang memainkan isu perkauman.

Kata Azman, “diharapkan Amanah tidak lagi mengulangi kesilapan parti politik sedia ada yang amat sukar untuk membebaskan diri daripada kemelut perkauman.” – 15 Disember, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments