Opinion

Tanah airku berbisik kembali

Tanah airku yang dikasihi

Masihku ingat riuh rendah rakyat

Menyambut gembira kemerdekaan 31 Ogos 57

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Memang negaraku indah dan makmur

Subur buminya, banyak ikan di lautnya

Semuanya bagai permata nilam

 

Banjaran Titiwangsa yang menghijau

Bukit Gantang dan Gunung Semanggol

Tasek Kenyir dan Gunung Ledang

Dengan puteri cantik menawan raja

Kelantan Negeri Sekebun Bunga

Semuanya  kurnia Ilahi yang tidak ternilai

 

Tanah airku yang dikasihi

Tetapi kini tiba-tiba aku mendengar

Engkau berbisik dengan suara sedih

Wajahmu kelihatan muram

Mengandung duka nestapa

Menangisi sesuatu yang hilang

Kekayaanmu yang dirompak disiang hari

Aku berkongsi air mata dengaanmu

Menyaksikan kedurjanaan ini


Engkau dirosakkan oleh tangan durjana

Menyalakan api perkauman yang tajam

Memusnahkan keharmunian kaum

Menukarkannya dengan ugutan dan ancaman


Tanah airku yang dikasihi

Aku terkenang masa lalu

harumnya kehidupan kampung

Orang Melayu yang bertani

Orang Tionghua berniaga

Hidup bersama dengan kaum lain

Bagai air dengan tebing


Ayah mertuaku seorang guru besar

Sering mendorong anak muridnya

Rajin belajar, bekerja keras supaya maju

Jangan merempat di tanah air sendiri

Dia mengingatkan pesan pendeta Za’aba

Rezeki secupak boleh jadi segantang

 

Tanah airku yang dikasihi

Dengan sedu sedan engkau berbisik kembali

Menyatakan rasa sedih dan kecewa

Apabila menyaksikan api perkauman

Dinyalakan petualang politik

Menghempaskan semua harapan rakyat

Membakar keharmunian dan kemanusiaan

Semuanya dalam ketakutan untuk bersuara

Lalu aku bertanya apalah erti hidup ini tanpa keberanian

Di sini benarlah kata-kata Napoleon Bonaparte

“The world suffer a lot

Not because of the violence of bad people

But because of the silence good people


Tanah airku yang dikasihi

Dalam suasana ketakutan inilah

Aku seperti teringat pesan

Pejuang kemerdekaan Dr. Burhanudin Al-Helmy

“Di atas robohnya kota Melaka

Kita bangunkan jiwa merdeka.”


Ya kita bangunkan jiwa merdeka

Aku merindukan keharmonian

Dan muafakat masa lalu yang hilang

Kini aku terdengar kembali bisikanmu

Walau semakin perlahan

Dan aku berkongsi air mata denganmu. – 6 Oktober, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments