Opinion

Ancaman tak berair dan banjir

21 Okt — Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air.

Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi  Lembah Kelang khususnya  dan Selangor amnya untuk beberapa dekat  akan datang bahkan untuk sekurun lagi.

Orang  ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat.

Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul.

Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti  dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri  dari meneruskan pelan Langat-2.

Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu. 

Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu. 

Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti  tidak memberi penjelasan saja.

Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan  air   di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan  menyiasat punca kekurangan air itu.

Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana  ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit  dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan.

Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula  amaran beberapa kawasan  di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan.

Dalam masa seminggu  saja rakyat Selangor diancam dua  kebimbangan berhubung air.  Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan  air. Air tak ada pun  susah dan   air banyak pun susah.

Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang  amat lebat. Sehari sebelum artikel ini  ditulis hujan di Kuala Lumpur  turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat,  sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan.

Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan  di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia  disebabkan ban sungai yang pecah.

Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika  ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan  disempurnakan.

Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan  mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments