Opinion

Apabila kita seru kembali beragama

Pandangan bekas Ketua Hakim Negera Tun Ab Hamid Mohamad enggan menyertai Majlis Perundingan Keharmonian Negara dan menentang rang undang-undang yang dirangka olehnya boleh dihormati. Beliau ada hak membuat perspektif.

Cuma pandangannya mengenai peruntukan Islam bagi Pulau Pinang di bawah DAP tidak tepat. Sejak ia menggantikan Barisan Nasional (BN) pada 2008 peruntukannya tinggi. Berapa? Masing-masing cari sendiri, tetapi memang tinggi hingga Gerakan mengkritik DAP memberi peruntukan yang tinggi itu.

Bagaimana duit itu digunakan saya tidak tahu, dan ia adalah urusan jabatan itu menggunakannya dan adakah ia sudah digunakan sebaik-baiknya. Cara membelanjanya bukan urusan kerajaan lagi, kerajaan memantau saja supaya ia digunakan sebaik-baiknya.

Saya belum dengar ada sungutan tidak cukup duit untuk buat itu dan ini. Jika ada, ia boleh dibangkitkan.

Isu sekarang ialah semua agama minta bantuan dan kemudahan daripada kerajaan. Jika Islam ada tempat ibadat dan kemudahan ibadat di bangunan kerajaan, maka ia hendak sama. Apa yang hendak dibuat dan ia yang menyusahkan banyak pihak.

Tetapi semua perkembangan itu berkemungkinan daripada fikiran pemikir Islam sendiri ketika gerakan dakwah Islam mula berkembang dulu. Pandangan orang Islam masa itu ialah kekacauan dan kerosakan dunia ialah orang semuanya hendak keluar agama termasuk umat Islam sendiri.

Pergaulan bebas, tidak peduli suruhan agama, runtuh akhlak hatta ada anak orang Islam yang mengarang buku Ayat-Ayat Setan hingga Khomeni keluarkan peruntukan tinggi bagi siapa dapat membunuh pengarang itu, Salman Rushdie.

Islam adalah penganut agama yang cepat sedar, maka ia melancarkan gerakan dakwah dalam dan luar negeri menyeru umat Islam supaya kembali beragama.

Jika orang Islam saja kembali beragama, penganut agama lain tidak kembali beragama atau suka tidak beragama, ia kekalkan tempang masyarakat yang berbilang agama. Patutnya dalam suasana demikian, perkembangan dakwah itu membangunkan kembali kesedaran beragama di kalangan pengikutnya dan cepat-cepat merangka bagaimana bukan Islam yang dari agama itu supaya melihat Islam sebagai tempat menyelamatkan diri.

Tetapi bagi pemikir Islam yang terbuka, sebagai penganut agama terbuka, berpendapat dunia lebih mudah diurus kiranya setiap penganut agama kembali beragama, cari jalan supaya penganut agama masing-masing yang lari daripada agama itu kembali kepada hidup beragama.

Islam dijadikan contoh, kesantunan orang Islam mula terurus apabila umatnya kembali beragama. Kalau orang Melayu belajar di England dulu solat dan puasa tiada jadi apa-apa pada mereka. Bila gerakan dakwah berjaya, bukan saja mereka solat dan puasa, tadarus jadi amalan. Tiada kedengaran anak Melayu mabuk 24 jam dan duduk bersama perempuan orang putih.

Kehidupan mereka tenteram dan terurus. Maka kalau semua agama mahu jadi macam itu, kembali beragama, tentulah masyarakat kita aman dan harmoni. Lalu terjagalah agama lain dan mereka hendak kembali beragama.

Sekarang semuanya hendak kembali beragama, tidak mahu kepada kehidupan liar lagi. Bila hendak beragama, timbullah pertanyaan apa yang dapat kerajaan beri supaya semua penganut agama hendak beragama semula?

Bila semua hendak beragama semula, masyarakat dan dunia jadi kacau juga. Saya tidak dapat marah jika semua hendak kemudahan atas niat mahu beragama semula. Kita yang menyerunya dulu. Kerana terlalu hendak beragama hingga hendak menukar nama tuhannya menjadi Allah.

Masalahnya ialah Islam belum dipimpin oleh orang beragama yang boleh dihormati semua orang. Yang ada semuanya hendak menghabiskan duit dan merompak negara. Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah terlalu uzur untuk memimpin negara.

Inilah dilemanya sekarang dan itulah yang berlaku di Pulau Pinang. – 25 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments