6 NOV — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir keciwa kerana Putrajaya yang ditinggalkannya tidak lagi dibina dengan bangunan mengikut seni-bina Islam tetapi sudah ada yang berbentuk seperti kotak.
Binaan seperti itu, baginya mungkin sesuai untuk kota raya seperti New York dan lain-lain kota Eropah, tetapi ia lari dari yang diimpiannya iaitu Putrajaya mesti seumumnya mewakili seni-bina Islam.
Memang dunia umumnya bersetuju bahawa senibina berkotak-kota itu tidak termasuk dalam seni-bina Islam. Binaan Islam itu umumnya berkubah seperti yang banyak terdapat di Timur Tengah atau setidak-tidaknya seperti Taj Mahal yang terdapat di India yang dikunjung oleh jutaan manusia dari seluruh dunia sejak dulu hingga sekarang.
Tetapi betulkah binaan berbentuk kotak itu bukan termasuk seni-bina Islam?
Tidakkah kita terfikir bahawa bangunan batu besar terseregam yang pertama dibina oleh manusia adalah bangunan seperti kotak iaitu Baitullah atau Kaabah di Mekah.
Ia dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah. Kaabah itu diwarisi oleh umat Islam. Walaupun ia pernah dikuasai oleh musyirikin Abu Jahal dan Abu Lahab, tetapi ia kembali dikuasai oleh Islam setelah fathul Mekah dibebaskan oleh Rasulullah SAW.
Walaupun bangunan di zaman kaum Add di zaman Nabi Hud dibina tinggi-tinggi, tetapi sejarah mencatitkan binaan pertama ialah Kaabah, yang tidak berubah bentuknya iaitu seperti kotak.
Nabi Ibrahim membinanya seperti yang diajarkan oleh Jibrail. Orang Islam beriman dengan Jibrail dan Nabi Ibrahim. Walaupun Nabi Ibrahim itu nenek juga kepada bangsa Yahudi/Bani Israil, tetapi Kaabah adalah milik orang Islam.
Cuma orang Islam tidak pernah memikirkan bahawa seni bangunan sepereti kotak yang banagun hari ini bukan saja di New York dan Rom, tetapi ia tumbuh cepat di merata-rata di Jepun, Korea Selatan, Syria, Mesir dan lain-lain.
Adappun seni-bina yang dikira mewakili Islam ialah bangunan yang dimajukan di zaman pemerintahan baik di Kardoba/Grada, benua Arab, turki, India dll. Mana yang berbentuk sseperti Kaabah itu tidak pernah dibincarakan sepanjang sejarah dan tidak peernah ada yang memikirkan ia mewakili Islam.
Yang banyaknya di dunia sekarang ialah yang berbentuk kotak itu termasuk di semua negara umat Islam. Malah juru bina Islam pun kebanyakan dipeka dan tiada yang peduli sangat dengan seni-bina Islam itu.
Hanya Dr Mahathir yang banyak khayalnya atas seni-seni bangunan ini mahu apa yang dikatakan seni-bina Islam itu dikembangkan semula. Oleh kerana dia berkuasa di Malaysia, dia juga sukar untuk mencelahnya di kota-kota yang pesat dengan bangunan berbentuk kotak itu.
Maka dia membangunkan ibu kota baru bagi menggantikan Kuala Lumpur yang sudah lagi banyak kawasan. Dengan diam-diam dia mahu Putrajaya, atas tapak ladang kelapa sawit dulu dibangunkan sebagai kawasan berbentuk seni-bina Islam.
Apa yang dikhayalkannya itu tidak pernah saya dengar diumumkannya. Dan tidak ramai pula orang yang tahu bahawa ia mesti mewarisi bangunan Islam. Kerana itulah orang terkemudian mendirikan apa saja mengikut selera juru bina dan syarikat yang terbabit.
Sesudah ada yang berbentuk kotak tegak di situ, maka Dr Mahathir masih ada, lalu ditegurnya sebagai menyatakan kekewiaannya.
Teguran itu kerana ada yangg berbentuk kotak. Ia dikira bukan kepunyaan Islam. Tetapi kita lupa kotak itu adalah mewakili seni-bina Kaabah dan Kaabah adalah milik orang Islam. Tidakkah yng berbentuk kota di San Fransisco, Paris, Tokyo dan Johanesberg itu adalah juga satu seni-bina Islam yang lebih dua?
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments