25 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit.
Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengtamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.
Tetapi menjelang muktamarnya dari 15 hingga 18 November 2012 nampak adanya gelombang orang yang keluar dari PAS. Yang ada ialah gelombang orang menyertai PAS oleh orang-orang yang bersara dari perkhidmatan kerajaan dan orang-orang Umno yang bersara dari partinya. Antara yang bersara dari Umno itu Tamrin Ghafar Baba dan Tan Sri Kadir Shaik Fadzir. Kadir tidak mendaftar jadi PAS, tetapi hati dan jasadnya sudah bersama PAS.
Mungkin yang dikatakan PAS tergelincir dari pimpinan ulama kerana Mohamad Sabu yang bukan ulama telah mengalahkan dua calon ulama dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar sebelum ini.
Ia tidak cukup untuk mengatakan ulama telah dipinggirkan kerana sistem kepimpinan PAS bertunggakkan kepada Majlis Syura Ulama, pimpinan bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Harun Din. Wibawa Mursyidul Am dan Presidennya yang ulama belum tercabar.
Pemilihan Mohamad Sabu belum menjadikan status kepimpinan ulama terlucut. Seperti Iran, Presidennya boleh ulama dan boleh juga bukan ulama. Pernah bukan ulama menjadi Presiden seperti Bani Sadr, Rajai seorng guru matamatik dan Ahmadenejad sekarang. Ia juga pernah ada Presiden ulama seperti Ayatullah Ali Khaminae, Hojatul Islam Mashimi Rafsanjani dan Khatami. Tetapi tidak pernah Iran terlucut dari pimpinan ulama.
Dua kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang — Kelantan dan Kedah — berMBkan ulama. Benar MB Perak dulu bukan ulama tetapi ia disebab ulama yang berstatus pemimpin kalah dalam pilihanraya.
Adapun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat mengikutkan lunas siasah syariyah yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Kerjasama politik atau tahaluf siasi sudah PAS jalani sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno sejak tahun 1985 menjelang PRU 1986. Uztaz Ibrahim Libya yang terkenal keras itu sebelum terbunuhnya tidak menentang tahaluf itu kerana ia diputuskan mengikut kaerah siasah syariyah.
Politik PAS itu ada turun naiknya, tetapi tidak pernah ia tergelincir dari pejuangan Islamnya. Ketika ia berada dalam kerajaan BN telah merasa sedap dengan nikmat kerajaan, tetapi PAS mengambil langkah sedia ditendang dari mengikut arahan Hussein Onn dan Dr Mahathir. Ia kembali kepada perjuangan tulinnya.
PAS telah selamat dari tergelincir tetapi dari semasa ke semasa, orang ada yang tergelincir. Hatta dua orang yang pernah menjadi Presidennya tergelincir — Haji Ahmad Fuad dan Dato Asri. Sejak pimpinan Dr. Burhanuddin Alhilmy hinggalah ke zaman Ustaz Haji Abdul Hadi ada yang bertaraf pimpinan tergelincir baik tergelincair dari parti mahupun pemikiran Islam yang dibawa PAS.
Sebagai sebuah parti yang terbuka ia disertai oleh semua lapisan rakyat yang berbagai latarbelakang pendidikan. Maka tidak terlepas ia dari dibolosi oleh orang yang dikatakan parasid. Tetapi para parasit yang tidak dapat menjadikan dirinya benar-benar PAS, maka satu demi satu telah gagal menjadi ahli yang baik.
Ada parasid yang melarikan diri dan ada juga yang disuruh lari. Mereka juga tergelincir. Jika jenis itu belum hari, mereka juga akan tergelincir pula.
PAS pernah berkawan dengan Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Datuk Harun Idris. Mereka juga tergelincir. Tetapi PAS tetap seperti ketika ia ditubuhkan dulu.
* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments