Opinion

Chin Peng sudah sama dengan Abu Jahal

Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar PAS Kedah yang meninggal duni pada 26 September lalu telah diberi pujian yang baik oleh rakan dan seteru politiknya.

Apa yang masing-masing kata di belakang tidak diketahui tetapi semua media melaporkan kebaikannya sebagai pemimpin kerajaan negeri, pemimpin rakyat dan pemimpin politik.

Seseorang itu tentulah banyak kelemahannya, tetapi setelah mati orang tidak sebut tentang kelemahannya itu terutama yang mendatangkan keaiban. Memanglah Islam melarang menyebut tentang keburukan seseorang, apa lagi setelah matinya.

Saya amat senang membaca membaca komen yang memberangsangkan tentang Ustaz Azizan oleh Perdana Menteri Najib, Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin, bahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bukan sekadar bercakap baik tentangnya, malah telah turun sendiri menziarahi jenazahnya di kawasan perkuburannya di komplek KIDU, Kolej Islam Darul Ulum, di kawasan Parlimen Pokok Sena.

Projek KIDU amat kontrovesi semasa pemerintahan Dr. Mahahir dulu, tiada terfikir sesiapa dia akan tiba ke tapak itu melainkan kerana menghormati jenazah Ustaz Azizan. Ustaz Azizan itu ada cengis, tetapi dia ada kebaikan yang payah dilupa terhadap Dr. Mahathir semasa menjadi Menteri Besar dulu.

Ketika kerajaan Barisan Nasional Kedah tidak memberi kebenaran kepada Dr. Mahathir menggunakan dewan di kawasan Kubang Pasu selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Azizan memberinya izin menggunakan dewan itu.

Untuk tahu baik seseorang tunggulah matinya. Jika semuanya tidak tahu kelemahan Tan Sri Azizan semasa hidup, berdasarkan pujian rasmi semua terhadapnya selepas matinya, seolah-olah kita akan tahu kelemahannya.

Apa lagilah kalau yang mati itu nanti Tok Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, nescaya lebih banyak kebaikan mereka diberikan.

Orang PAS yang rasanya paling tidak disukai ramai orang Umno ialah Mohamad Sabu.

Ceramahnya banyak dihalang. Percayalah kalau hendak tahu kebaikannya tunggulah dia mati.

Sekalian yang benci kepadanya, jika ditanya selepas matinya nanti, nescaya mereka akan sebutkan tentang kebaikannya.

Mungkin mereka akan lupakan pandangan tentang Mat Indera yang pernah memanaskan alam sejarah Malaysia sedikit hari lalu.

Setengah kita tidak akan dapat mendengar tentang kebaikannya kerana mati dulu dari Mat Sabu.

Mungkin juga kita akan lihat apa orang Melayu akan kata tentang Lim Kit Siang, penasihat DAP apabila dia mati kelak. Dari mood setengah orang Melayu khususnya penyokong Umno, Kit Siang itu tiada tempat di hati mereka.

Kita tidak akan tahu apa kebaikannya dari mereka semasa hidupnya sekarang.

Tetapi percayalah mereka akan sebut dan puji tentang kebaikannya apabila dia mati kelah. Cuma sempatkah kita mendengar cerita baik itu terutama yang sudah tua sekarang.

Jika Ibrahim Ali, pemimpin dan pengasas Perkasa mati kemudian dari Lim Kit Siang, dipercayai figur kontroversi itu juga akan berkata baik tentang pemimpin DAP itu.

Bagitulah kita berdepan dengan sesiapa yang mati.

Cuma setakat ini yang mati yang seperti tiada kebaikan langsung ialah Chin Peng. Abu Chin Peng pun orang tak mahu dengar.

Mungkin mereka sudah samakan selepas Abu Lahab dan Abu Jahal, yang ketiga ialah abu Chin Peng. - 2 Oktober, 2013.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments