Opinion

Dakwat kekal yang tidak kekal

9 MEI — Saya mengundi awal di DUN Pasir Panjang, Perak kerana anak yang membawa saya hendak mengundi pula di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan.

Tidak siapa melihat jari telunjuk kiri saya ada kesan dakwat. Petugas terus mencalit dakwat di kuku jari itu. Kerana baru 10 minit pusat mengundi dibuka tentulah tiada lagi yang sempat membasuh jari untuk mengundi sekali lagi.

Selepas itu barulah kertas undi diserahkan kepada pengundi.

Hampir pukul 12 tengah hari anak saya singgah mengundi di Parlimen Batu Tiga lagi anak saya baru saja mengundi, menunggu adiknya mengundi.

Bila balik ke rumah, seorang anak saya memberitahu, dia hendak mengundi sekali lagi. Mengapa? Ditunjuknya jarinya sudah bersih dari kesan dakwat. Dakwat yang dikatakan kekal hingga tiga empat hari itu boleh hilang dalam masa seminit setelah disabun. Lalu tiga lagi anak saya membasuh jarinya, lenyap segala kesan dakwat.

Saya tidak membasuh jadi kerana menyangka dakwat di pusat pengundi Pasir Panjang itu tidak serendah kualiti dakwat di Batu. Ketika saya mengambil widuk, dakwat pada kuku kelihatan nipis.

Saya ke masjid solat Asar. Saya lihat jari semua jamaah bersih. “Belum mengundikah?” Jawab mereka sudah! Tetapi dakwat yang digunakan tidak kekal.

Saya tidak membasuh jari saya. Semas mandi petang hendak ke surau, saya sabun badan.Tidak perasan jari itu disabun. Lepas lap badan, dakwat di jari saya sudah hilang.

Entahlah dakwat di dua pusat mengundi itu tidak digoncang. Tetapi dakwat yang dibeli berjuta ringgit itu tidak tahan barang seminit dua sesudah dibasuh sedang ia katakan tidak  mungkin padam hingga beberapa hari.

Dakwat apa yang digunakan?

Maka dengan ini saya hendak membuat laporan kepada Ketua Polis Negara dan pengarah SPRM bahwa dakwat yang dicalit di jari kami boleh padam dengan sekali basuh, tak dapat bertahan walaupun lima minit.

Walaupun laporan ini tidak dibuat di balai polis dan pejabat SPRM, anggap dan terimalah ia sebagai aduan sah, untuk diambil tindakan.

Dakwat kekal itu sudah jadi perkara wajib dalam pilihanraya. Tidak boleh sesiapa saja mengundi setelah jari dicalit dakwat. Ia diberi dengan harga berjuta ringgit. Tetapi dakwat yang digunakan berkualiti rendah, seperti dakwat biasa.

SPR telah menggunakan dakwat yang tidak mengikut spesifik. Polis dan SPRM mesti siapa kemungkinan ada penipuan dalam penggunaan dan pembelian dakwat. Dakwat yang digunakan adalah dakwat tipu.

Adakah penipuan itu dirancang oleh parti kerajaan bagi mengelirukan tuntutan supaya dakwat kekal digunakan. Gunakan dakwat tipu supaya diteruskan penipuan. Atau pembekalan dakwat diberi kepada kroni untuk mendapat untung besar dari kesempatan pilihanraya?

Pastikan siapa yang tipu? Kerajaankah tipu? SPRkah tipu atau pembekal dakwat yang tipu?

Orang boleh membuat andaian semua yang terlibat dalam sistem pilihanraya itu sepakat melakukan penipuan sedang wibawa pengendalian pilihanraya itu sendiri sememangnya dicurigai.

Dakwat kekal yang standard yang menggunakan kimia yang betul, tidak membahaya dan tidak haram, boleh menyerap ke dalam kuku dan kulit, tahan untuk beberapa hari itu. Dakwat itu ada di dunia dan diakui.

Jika parti pemerintah jujur, kerajaan jujur dan SPR jujur, ia mahukan dakwat yang betul, maka ada pihak yang bermain kayu tiga menyebabkan dakwat yang digunakan tidak standard. Dengan ini menyebabkan sekalin yang jujur dicurigai kejujurannya.  Yang menerima kesannya ialah SPR.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments