24 SEPT — Amerika dipercayai amat terasa terhadap reaksi umat sedunia atas filem pendek anti-Islam dan mencerca Nabi Muhammad SAW yang diterbitkan di Amerika.
Kerajaan Amerika berdalih itu dan ini bagi menggambarkan ia juga tidak suka tindakan seorang dua rakyatnya menghina mana-mana agama dan nabi mana-mana umat, tetapi tidak sensitifnya atas apa yang dirasai umat Islam menyebabkan ada rakyat boleh kata apa yang mereka hendak kata tentang Islam.
Sikap tidak ambil berat Amerika dan dunia barat tentang sensitivit agama juga menyebabkan ada yang menghina agama Kristian dan mencerca Jesus. Umumnya Islam juga tidak seronok apabila ada orang putih mencerca agama. Lantaklah apa yang mereka hendak buat terhadap agama mereka.
Jika mereka sanggup peleceh agama mereka, maka ia tidak bererti mereka boleh buat apa saja terhadap agama umat Islam dan Nabinya.
Umat Islam sanggup mati jika agama dan nabinya dihina.
Oleh kerana penghinaan yang terbaru berlaku di Amerika, dan tidak sensitif sejak ia disebarkan kira-kira tiga bulan lalu, apabila ia diketahui oleh umat Islam, maka umat Islam pun bangkit, sasaran yang mudah bagi mereka ialah Amerika kerana Amerika tidak kisah hal itu.
Yang tidak senang dengan Amerika itu termasuk boneka Amerika sendiri, Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan. Rakyat Afghanistan yang terhutang budi dengan Amerika kerana Amerika membebaskan mereka Taliban ikut mengecam Amerika.
Memang Amerika terasa pahitnya, malah dutanya di Libya terbunuh gara-gara kebangkitan umat Islam, tetapi belum tentu Amerika belajar dari kejadian itu. Apa lagi negara-negara Eropah yang pobia dan antinya terhadap Islam tidak kurang dibandingkan dengan Amerika. Belum tentu mereka terasa dan belajar dengan kemarahan orang Islam itu.
Adalah benar umat Islam bersatu membantah terhadap Amerika, tetapi belum tentu umat Islam yang berjaya menyedarkan Amerika dan barat agar lain kali jangan lagi perlecah Islam dalam apa bentuk jua.
Amerika boleh minta maaf tetapi dua bulan lagi ia lupa. Penghinaan terhadap Islam, Nabi dan al-Quran sudah menjadi-jadi dan biasa sejak bebelas tahun lalu. Tunjuk perasaan besar-besaran hingga beberapa minggumungkin tidak cukup berkesan.
Amerika perlu dikenakan tekanan yang lebih dari itu supaya ia ingat buat selama-lamanya. Sebarang tindakan bukan dibuat kerana anti-Amerika, dan masing-masing jangan jadi anti-Amerika atas kejadian yang berlaku sekarang. Tindak sekadar untuk menyedarkan Amerika supaya ia tidak membiarkan rakyat tidak senonoh lagi terhadap Isalam.
Apa caranya?
OIC mesti mengadakan sidang tergempar meluluskan usul menggantung hubungan diplomatic dengan Amerika untuk beberapa bulan, katakanlah tiga bulan. Jangan putuskan hubungan diplomatik. Gantung hubungan itu buat beberapa bulan. Suruh semua diplomatnya balik ke Amerika. Negara-negara Islam pula panggil bercuti diplomatnya sehingga ditarik balik penggantungan itu.
Bekukan hubungn dagang dan ekonomi sepanjang tempoh bertindak itu.
Semua urusan dan kepentingan rakyat masing-masing di Amerika serahkan untuk dikendalikan oleh mana-mana kedutaan sahabat negara masing-masing. Malaysia misalnya boleh mewakilkan Kanada bagi urusan rakyat di sana dan rakyat Amerika di Malaysia boleh dikendalikan oleh Kanada atau mana sekutunya.
Kalau Amerika menghadapi banyak kerugian atas tindakan umat Islam itu, negara-negara Islam juga menghadapi banyak kerugian. Tetapi apalah erti kerugian itu dibandingkan penghinaan yang mereka lakukan terhadap Nabi masing-masing.
Tidak nilai dan harga boleh menyamai kasih sayang umat Islam kepada Nabi dan agamanya. Segala kekayaan dunia dulu, sekarang dan akan datang tidak sama dengan harga dan kesucian seorang Nabi SAW. Tidak nilai seorang Islam di sisi Allah jika kasihnya pada harta dan dirinya lebih dari Nabinya.
Tindakan itu bukan dibuat kerana anti Amerika dan barat, tetapi untuk menyedarkan Amerika umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan Nabinya.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments