Gara-gara MH370 yang ghaib entah ke mana, justeru penumpang yang ramai adalah warga China, maka sekian ribu pelancongnya dan penumpang MAS membatalkan tempahan datang ke sini.
Hubungan negara itu dengan negara ini dikatakan renggang.
China berhak bertindak atas hal yang ia tidak puas hati. Termasuk cara negara mengendalikan isu itu.
Apa boleh buat, nasiblah bagi Malaysia yang ditimpa malang itu.
Pertama, kejadian itu jarang berlaku di dunia. Pesawat meletup, terhempas atas apa jua sebab adalah suatu yang biasa sekalipun jarang. Tetapi hilang begitu saja sesuatu yang ganjil.
Lebih malang Malaysia adalah di bawah pimpinan yang lemah dan banyak masalah. Bukan sekadar perdana menterinya lemah, sepupunya yang menjadi jurucakap negara untuk tragedi itu juga memang diketahui lemah sejak di beberapa kementerian sebelum ini. Ini persepsi umum.
Tetapi China patut bersabar sebelum bertindak merenggangkan hubungan dua hala. Dagang antara kedua-dua negara itu tidak menguntungkan satu pihak saja tetapi ia sama-sama untung.
Hubungan yang baik sejak Parti Komunis China tidak dicurigai lagi dan sejak Malaysia mengamalkan dasar luar yang dinamik, sama jarak dengan semua kuasa, tidak lagi menjadikan Malaysia bergantung kepada mana-mana kuasa besar.
China mendapat banyak faedah apabila Malaysia tidak lagi menyekat rakyat ke China dan tidak menyekat kedatangan beramai-ramai rakyatnya ke sini. Sekalipun ada kerugian Malaysia dengan dasar tidak berbaik dengan China sebelum formalisasi hubungan diplomatik dengannya, China ada kerugian dengannya.
Mungkin China merasakan hubungan renggang itu tidak banyak menjejaskan dagangannya disebabkan hubungan dengan semua dunia lebih melambung, tetapi Malaysia lebih banyak kerugian.
Amerika, Rusia, Jepun dan Eropah mungkin suka dengan sikap semasa China kerana ia boleh menjauhkan Malaysia dengan China. Ia boleh mendorong Malaysia lebih banyak memandang pasaran di luar China bagi menampung kekurangan impot China berikutan dasar China itu.
Dengan hubungan yang baik selama ini Malaysia tidak lagi bergantung dagang dunia barat saja, bahkan ia mendapat banyak faedah daripada hubungan dengan China.
Jangan kata China tidak undang rugi kalau Malaysia bergantung kepada negara lain selain China. China memerlukan hubungan baik dengan semua dalam semua bidang. China bebas melabur dan bersaing dengan lain-lain pembida tentang pembangunan dan projek besar di Malaysia.
Jika gara-gara tidak sabarnya atas kejadian MH370 itu, maka ia mungkin hilang peluang yang boleh didapati di Malaysia.
Mungkin pada keseluruhannya China tidak hilang peluang yang banyak, tetapi bagi individu kontraktor China hilang satu projek dikira satu kerugian yang belum ada gantinya dalam waktu yang terdekat. Maka tindakan gopoh itu mungkin tidak padan dengan hilang peluang bersaing di Malasia.
Apa pun kebanjiran pelancong China bukan pula tidak ada kesan negatif keada negara. Ramai yang datang atas nama pelancongan itu tidak balik dan banyak kes serbuan terhadap kerja tidak bermoral melibatkan warga dan wanita muda dari China.
Jangan kata antara pendatang tanpa izin yang ramai di Malaysia sekarang tidak termasuk warga China. Kedatangan dari Indonesia, Filipina mudah dikesan kerana bahasa mereka. Tetapi pendatang haram dari China payah dikesan kerana tiada perbezaan antara mereka dengan rakyat Malaysia keturunan China.
Jika orang Melayu cuba menyembunyikan pendatang haram dari Indonesia, maka jangan kata tidak ada rakyat keturunan Cina yang menyembunyikan pedatang haram dari China.
Ada negatif dengan kedatangan pelancong yang besar itu. Dengan tindakan China membatalkan beramai-ramai melancong ke sini, bilangan orang yang tidak datang itu dapat dikurangkan. – 17 April, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments