Opinion

Himpunan Bersih boleh jika Nazri menterinya

19 OGOS — Menteri Nazri Aziz dari Jabatan Perdana Menteri memberi pendapat dari sudut perlembagaan bahawa Himpunan Janji Bersih 2.0 anjuran panitia Bersih pada 30 Ogos ini boleh diadakan kerana kegiatan itu telah diperuntukan oleh perlembagaan.

Tentulah dia tidak memberikan cek kosong kepada penganjur untuk melaksanakannya melainkan ada syaratnya.

Apa yang menarik dari pandangan menteri itu ialah dia mengaku bahawa kegiatan itu asalnya halal, ia bukan perkara yang haram. Maka sebagai seorang menteri bagaimana ia boleh mengendalikan pemerintahan supaya setiap halal itu boleh dilaksanakan sebaik-baiknya.

Datuk Abdul Samad Said, pengurusi bersama Bersih mengumumkan pihaknya akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih 2.0 secara aman di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sebagai satu acara sambutan kemerdekaan Negara dari pihak rakyat.

Besoknya giliran sambutan oleh kerajaan pula.

Ada kebijaksanaannya bahawa setelah rakyat sudah merdeka selama 55 tahun tentulah sewajarnya ia bertambah matang. Kemerdekaan itu asalnya dari rakyat, maka bagi bangsa yang maju rakyat mesti jangan tunggu kerajaan saja menyambutnya. Wajarlah rakyat menunjukkan rasa patriotiknya menyambut dengan caranya sendiri sesuai dengan suasana adanya tuntutan rakyat yang belum dipenuhi iaitu janji 8 perkasa tuntutan Bersih 2.0 yang belum dipenuhi.

Tuntutan supaya PRU 13 yang bakal diadakan bila-bila masa, yanag diragui bersih dan adil pelaksanaannya, adalah satu kehendak bangsa yang merdeka. Negara yang merdeka itu mesti memberikan peluang kepada rakyat mendapat hak melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

Sebagai kemerdekaan 55 tahun dulu adalah atas tuntutan rakyat, maka rakyat mahu memastikan bahawa hak mereka sebagai rakyat yang merdeka dipenuhi dan diberi layanan yang sewajarnya.

Secara umum hak itu tidak diberi sepenuhnya, maka rakyat berhak menuntutnya. Tiada semua kerajaan di dunia sejak dulu memberi semua hak kepada rakyat jika rakyat tidak menuntutnya seperti tiada kerajaan memberi kebebasan bermedia bagi rakyat yang tidak meminta. Britain tidak beroleh hak kebebasan media begitu saja melainkan ia mereka tuntut dulu.

Kerana hak pilihan raya bersih dan adil itu dirasakan belum dipenuhi, maka rakyat biasa yang dipimpin oleh Sasterawan Negara A. Samad Said, tampil untuk menyuarakan tuntutan itu di tempat kemerdekaan itu diisytiharkan 55 tahun dulu.

Tiada siapa di kalangan pemimpin kerajaan yang tertarik dan melayan suara rakyat bagi mengadakan perhimpunan aman itu selain dari Menteri Nazri Aziz. Hanya dia yang mahu melihat hal itu asalnya adalah halal.

Alangkah baiknya menteri yang ada sedikit sebanyak sikap terbuka ini dijadikan Menteri Dalam Negeri. Kalau dia yang diberi tanganjawab memimpin kementerian yang menjaga keselematan yang ada kiat dengan unjukrasa rakyat dalam berbagai cara, maka dipercayai pengendalian perhimpunan seperti anjuran Bersih itu tidak menimbulkan kekecohan.

Dia boleh memberikan nasihat yyang baik kepada kerajaan dan Perdana Menteri bagaimana suatu yang baik yang dijamin oleh perlembagaan itu dapat dipenuhi dengan baik dan aman.

Baik dan buruknya sesuatu perkembangan itu bergantung kepada sejauh mana kerajaan itu cekap menanganinya. Mengapa kerajaan Jerman, Perancis, Jepun dan Korea Selantan dapat mengendali perkara yang sama tanpa mnimbulkan huru hara.

Malah Thailand sendiri mampu mengendalikan unjukrasa berbulan-bulan sekalipun ia memberi kesan tertentu kepada ekonomi dan kesejahteraan Negara, tetapi rakyat tidak bertempur dengan kerajaan.

Tunjuk perasaan berbulan-bulan di Bangkok itu bukan contoh yang baik, tetapi cara kerajaan mengendalikan urusan kemerdekaan rakyat itu adalah contoh yang baik.

Menteri Nazri ada bakat keterbukaan yang baik. Jika dijadikan Menteri Dalam Negeri keadaan dipercayai lebih baik dari layanan buruk yang kerajaan dan polis beri selama ini.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments