15 OGOS ― Amat malang bagi negara-negara Islam tidak menyerlah langsung dalam temasya Sukan Olimpik 2012 London.
Malaysia contohnya sebagai negara Islam bersemangat tinggi untuk meraih kilauan emas apabila ia menyertai Olimpik London itu, bahkan ada arahan masjid dan surau berdoa moga-moga dikabulkan Malaysia dapat membawa pulang dua tiga keping medal emas.
Akhirnya kita berpuas hati dengan sekeping pingat perak. Dalam senarai panjang Negara yang mendapat pingat Malaysia di tempat tercorot ― kosong emas, 1perak, kosong gangsa. Kalau ada pingat besi bagi yang keempat, mungkin ada satu lagi kerana pelumba basikal dapat nombor empat.
Bukan Malaysia saja yang tidak menyerlah, bahkan kebanyakan negara Islam, walau pun ada yang memungut satu dua emas seperti Iran terlalu juah ditinggalkan oleh China, Amerika dan Britain.
Kira-kira sukan tidak banyak teknologi luar biasa seperti bidang-bidang yang diungguli oleh negara-negara maju. Ia memerlukan stamina, kemahiran, tektik dan teknik tertentu saja. Kalau Korea Selatan boleh bersaing dengan setengah dunia Eropah, mengapa umat Islam tidak ramai muncul sebagai jaguh sukan?
Ada hadis Rasulullah SAW bermaksud agar orang Islam digalakkan beriadhah menunggang kuda, berenang dan memanah. Dan ada pula saranan baginda bahawa orang Islam mesti menunjukkan dia kuat dari orang lain.
Jika umat Islam mengambil semangat dalam tiga jenis riadhah saja iaitu berkuda, berenang dan memanah, maka sepatutnya dalam semua sukan berenang mesti dikuasai oleh orang Islam.
Demikian juga semua acara yang berkaitan dengan kuda. Jangan ambil sukan kuda itu seakdar berlumba siapa lebih pantas dan lebih maju. Asal apa ssaja yang melibatkan kuda, juaranya mesti orang Islam.
Sukan memanah dan menembak, sewajarnya dijuarai oleh dunia Islam atau orang Islam yang tinggal di dunia yang Islam minority. Masa Nabi SAW menyebut hadis itu dunia belum ada senjata api ― tiada pistol dan senapang. Yang ada ialah panah. Setelah ada senjata api, maka menembak tepat adalah termasuk dalam seruan memanah tepat.
Tetapi malangnya hampir dalam semua bidang sukan tidak dapat dikuasai oleh orang-orang dari Negara Islam.
Mungkin yang diperlukan adalah kemahiran dan stamina. Ia mungkin latihan di Negara yang maju sukan seperti China dan Amerika.
Tetapi Kenya dan Etopia dipeercayai tidak perlu pergi ke Jerman, Amerika dan China untuk sukan lumba lari jarak jauh. Negara-negara Afrika yang miskin itu boleh menunjukkan baik atelit lelaki maupun atelit wanita sebagai orang terkuat di dunia.
Walaupun sais orang Rusia, Amerika dan Britain adalah lebih tinggi dari orang Kenya dan Habsyah, tetapi kelebihan yang ada itu tidak menjamin mereka mudah meninggalkan Kenya ke belakang. Walaupun Britain beroleh emas dalam lumba laki-laki jarak rauh tetapi ia diperolehi melalui warga negaranya yang berasal dari Islam Somalia bernama Farah.
Orang dari Somalia itu mendapat peluang latihan intansif bersama atelit Britain yang lain, maka ia adalah contoh orang sekecilnya boleh mengalah lain-lain atelit yang lebih tinggi setelah tekun di bidangnya.
Orang-orang Kenya itu dipercayai tidak mencapai kekuatan itu setahun dua sebelum Olimpik London itu berlaku. Mereka sudah menjalani latihan bertahun-tahun.
Negara Islam termasuk Malaysia boleh belajar dari Kenya dan negeri Habsi yang miskin dan orangnya kecil-kecil, bagaimana mereka boleh ke depan di bidang tertentu. Dan belajar dari China bagaimana ia sudah dapat meninggalkan Amerika dalam banyak jenis sukan.
Buat permulaan dalam tahun-tahun Olimpik terdekat, Malaysia mesti mengungguli sukan renang, memanah dan berkuda dulu sesuai dengan pesanan Nabi SAW.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments