14 MAC ― Ketika rencana ini ditulis sudah empat hari genap usia PRU12 lima tahun. Ia genap lima tahun pada 08 Mac lalu kerana PRU yang lalu diadakan pada 08 Mac, 2008.
Belum pernah dalam sejarah kemerdekaan Malaysia penggal pilihanraya umum genap lima tahun.
Sekalian orang menunggu Parlimen dibubarkan, macam menunggu buah tak gugur. Biasanya tangkai buah tidak sebegitu liat ia gugur. Jika tidak dijolok atau dikait, bila ia ranum nescaya ia gugur sendiri bila tempohnya luput.
Ia ibarat orang Islam menunggu usia patut mati. Justeru Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun, maka orang Islam mengira mereka tiba usia patut matinya had 63 tahun juga. Bagi yang tidak mati selepas 63 tahun, ia dikira bonus.
Apabila masuk tahun kelima Parllmen dan DUN tidak juga dibubarkan seperti biasa, maka ia bonus pada setiap wakil rakyat. Semua elaun dan kemudahan sebagai wakil rakyat habis apabila Dewan yang mulia itu dibubarkan, tinggal apa yang hak bagi bekas wakil rakyat saja.
Tidak pernah wakil rakyat kita rasa bertuah dapat nikmat sebegitus panjang seperti yang mereka rasai semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Sekalian wakil rakyat sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra lagi menagira usia Yang Berhormatnya sekitar empat tahun saja. Bila lewat tempoh, masing-masing menunggu tamatlah tempohnya jika tidak dicalonkan lagi.
Bagi wakil rakyat yang sudah empat tahun hidup dengan elaun wakil rakyat, kehidupannya akan sempit jika tiada pendapat tetap apabila tidak lagi jadi wakil rakyat. Sebelum Tun Abdul Rahman Yaakub menjadi Ketua Menteri Sarawak, menteri dan bekas wakil rakyat tidak ada pencen. Mana-mana yang tidak ada pendapat tetap terasa susahlah hidupnya.
Memang payah bagi bekas wakil rakyat untuk membuat pekerjaan seperti menoreh getah, bersawah dan lain-lain.
Antara yang merasai hidup sempit itu ialah Datuk Tawi Seli yang tidak lagi jadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau memang asalnya rakyat biasa yang tidak pekerjaan tetap. Tuahnya baik dia terpillih jadi calon dan jadi wakil rakyat. Apabila Apabila Stephen Kalong Ningkan digugurkan dari Ketua Menteri Sarawak, Tawi Seli jadi gantinya.
Apabila Tun Abdul Rahman Yaakub jadi Ketua Menteri. Tawi Seli jadi orang kampung biasa tidak pendapatan. Bayangkan bekas Ketua Menteri yang dulunya berelaun besar tiba-tiba tiada pendapatan. Apa jadi?
Maka Tun Rahman pun mengadakan perutukan pencan kepada wakil rakyat di menteri-menteri. Ia diikut oleh Parlimen dan DUN-DUN lain. Kemudian peraturan pencen itu dipinda wakil rakyat yang berkhidmat 30 bulan saja dapat pencen setelah usianya mencapai usia pencen.
Maka dalam tempoh 30 bulan itu Parlimen tidak akan dibubarkan bagi membolehkan wakil rakyat berhak mendapat pencen. Jika mereka tidak jadi wakil rakyat lagi tidaklah mereka tidak ada pendapatan langsung.
Apabila PM Najib tidak membubarkan Parlimen, maka YB terus dapat kemudahan wakil rakyat hinggalah usia Parlimen dan DUN itu genap lima tahun dari ia mula bersidang selepas pilihanraya dulu.
Kemudian ada ramalan Parllimen dibubarkan pada 11 Mac lalu jam 11 pagi. Ramalan itu dibuat berdasarkan PM Najib dikatakan suka angka 11. Semua motokarnya nombor 11 keranan kononnya dia ada Datuk Shah Bandar Pahang yang ke 11. Wallah waklam.
Tapi pada 11 Mac itu tidak juga Parlimen dibubarkan. Bila? Jika Najib kiat buah selepas ini tunggu saja genap usia penggal Parlimen yang ada lima tahun sejak ia mula bersidang dulu
* Ini adalah pendapat peribadi penulis
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments