29 MEI ― Sejak Kabinet kerajaan sendiri Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955 yang dipimpin Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah 5 Mei 2013 hari PRU 13 lalu MCA.
Dalam Kabinet pertama pra merdeka itu Menteri MCA ialah Kolonel HS Lee dan Ong Yoke Lin. Lee tidak menyertai Pilihan Raya 27 Julai 1955 itu tetapi menjadikannya sebagai menteri yang tidak menyertai pilihan raya bersama beberapa pegawai Inggeris lagi.
Beberapa calon MCA menang PRU lalu tetapi yang kalah lebih ramai. Kerana perhimpunan agung MCA sebelum itu membuat keputusan, ia tidak akan menyertai kerajaan kiranya prestasinya buruk dalam pilihanraya, maka ia menolak mengannggotai Kabinet.
Bukan kali pertama MCA mengalami prestasi buruk itu. Bahkan tahun 1969 Tun Tan Siew Sin mengumumkan tidak menyertai Kabinet kerana ramai calonnya kalah kepada Gerakan, PPP dan DAP. Belum sempat keputusan itu dilaksanakan, tercetus peristiwa 13 Mei 1969, Kabinet belum dibentuk, negara ditadbirkan secara Mageran ― Darurat ― maka Tun Razak yang mengambil alih pemernthan sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) memasukkan MCA dalam Kabinet darurat itu.
Lepas itu tidak berbangkit lagi MCA enggan menyertai Kabinet hinggalah setelah ia kalah teruk baru-baru ini.
Bukan PM Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin mahu mengenepikan MCA. Menteri kesihatannya Liow Tiong Lai menang di Bentong dan bekas menteri, abang Ong Ka Ting menang di Tanjung Malim. Mereka boleh mewakili MCA dan Cina, tetapi mereka ada maruah, maka mereka menolak perlantikan Kabinet.
Maka pertama kali parti Cina yang penting itu tiada dalam kerajaan dan hingga bila?
Bagaimanapun satu kerusi disediakan untuknya iaitu Menteri Pengangkutan yang dipegang oleh Lee tahun 1955 dulu. Kementerian itu dipangku oleh Hishammuddin Hussein yang jadi Menteri Pertahanan sekarang.
Bila ia akan diserahkan kepada MCA? Hingga MCA dapat menebus kekalahannya dalam PRU 14 atau MCA dalam perhimpunan agung akan datang memutuskan untuk kembali ke Kabinet semula?
Ia hanya akan kembali ke Kabinet juga ia mengubah keputusan. Ia terpaksa mencari alasan yang kuat supaya maruahnya tidak cacat dengan keputusan kembali semula ke Kabinet sebelum ia dapat menebus kekalahannya.
Apakah alasan yang Najib dapat beri bagi memujuk MCA kembali dan apa pula alasan bermaruah MCA untuk mengubah keputuannya?
Jika MCA hendak kembali ke Kabinet ia jangan fikir sangat maruah. Dulu Tan Siew Sin dapat mengubah keputusan kerana kecelakaan 13 Mei. Alasan seperti itu tidak dapat difikirkan lagi.
Peluang bermaruah hanya memenangi PRU 14 lima tahun lagi. Tetapi undi saluran satu pilihan raya bagi warga emas ramai yang akan mati. Ganti mereka yang baru terutama Melayu belum tentu mengundi BN.
Tidak dapat difikirkan undi Cina akan swing semula ke belakang masa itu. Maka harapan MCA untuk menebus maruah tidak dapat difikirkan kerana arus menolak kerajaan kian ketara disebabkan pengundi tegas BN di saluran banyak mati dan undi muda semua kaum bertambah ramai dalam masa llima tahun akan datang.
Kalau buruk BN 2008 bertambah buruk pada 2013, bagaimana jika aliran itu tidak berubah tahun 2017?
Apa makanisma MCA dapat buat bagi mengembalikan kecemerlangannya?
Mungkin Anwar Ibrahim sudah mati masa itu. Demikian juga Hadi Awang dan Lim Kit Siang mati belaka. Tetapi Lim Guan Eng dipercaya belum mati. Demikian juga Salehudin Ayub masih hidup. Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli belum tua.
Maka masa depan MCA tidak banyak yang dapat diagak. Apakah ketiadaannya itu memulakan ketiadaannya lagi atau muncul satu pertubuhan Cina baru bagi menggantikannya?
* Ini adalah pandangan peribadi penulis
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments