23 APRIL — Semua parti baik dalam Barisan Nasional dan pembangkang Pakatan Rakyat menghadapi banahan dari parti masing-masing tentang calon yang dikemukakan.
Paling banyak menghadapi banahan dari akar umbi ialah Umno dan kerabat Barisan Nasionalnya. Pakatan Rakyat juga tidak sunyi terutama dari Parti Keadilan Rakyat.
Setakat ini PAS saja parti yang tidak bergolak dengan calon yang diputuskan oleh pimpinannya. Ada timbul tentang calon yang tidak sesuai di peringkat awal, tetapi telah selesai sebelum senarai bersih diumumkan
Adapun pertikaian dengan PAS ialah pertindihan dengan rakan kongsinya PKR. PAS menuntut balik kawasan yang dilepaskannya kepada PKR pada PRU 2008 dulu seperti di Bagan Serai. PAS menunut balik kerana ia dikira kosong setelah anggota Parlimen PKR keluar parti.
Ada pun kerusi seperti Lembah Panti dan Bandar Tun Razak tidak dituntut kerana pemenangnya kekal dan bertanding semula.
Manakala ia menolak beberapa calon PKR di Terengganu disebabkan parti itu tiada tenaga di kawasan tersebut. Kawasan-kawasan itu dijaga oleh PAS sejak sekian lama. Adalah adil PKR diberi kerusi supaya parti dilihat wujud di negeri-negeri, tetapi jika selama lima tahun lalu ia dijaga oleh PAS juga adalah adil buat PAS. Atas isu keadilan seperti itu timbul perbedaan pandangan.
Tentang kerusi yang disandang oleh PSM di Selangor, PAS tidak memberinya kepada parti itu tetapi ia diserahkan kepada PKR. PKR pula memberinya kepada PSM. Tetapi perkembangan di akar umbi mengira peranan PAS adalah ketara, maka mahu kawasan itu semula taambahan pula PSM tidak tersenarai dalam komponen Pakatan Rakyat.
Tetapi bantahan yang ketara adalah di kalangan kerabat BN dan di kalangan parti sama sendiri.
Di Tapah pula PKR menolak calon dari Hindraf. Ketua cabang di situ juga mahu menganjur calon Bebas jika ia tidak ditukar.
Beberapa kawasan yang diberi kepada MCA seperti Wangsa Maju, tiada jaminan ia akan menang jika dikekalkan. Maka Umno mengambilnya dengan harapan dapat meraih undi orang Melayu. Tindakan Umno itu dibantah oleh MCA. Calon Umno itu tolak oleh MCA. Umno sendiri membantah beberapa calon Umno yang diputuskan melalui kawalan jarak jauh oleh pimpinannya. Wanita Umno Kuala Kangsar membantah Naib Ketua Wanita Umno kebangsaan, Datuk Kamalia Ibrahim tidak dicalonkan,sedang dia adalah ketua wanita Umno di situ sejak sekian lama.
Kamalia mengugut untuk bertindak. Bagaimana jika ia tidak diselesaikan.
Veteran Umno di DUN Luit, Maran membantah Puteri Umno yang amat mentah dicalonkan. Mereka mengugut untuk bertanding Bebas. Di Tasik Gelugor, Datuk Seri Sharif Omar, Timbalan Menteri yang digugurkan tahun 2008 dulu, membantah dia tidak dicalonkan semula. Orang-orangnya mahu dia jadi calon Bebas atau mereka tidak menyokong calon BN.
Demikain juga di Batang Kali. Penyokong Umno mengugut bertanding Bebas kerana ADUN Mat Isa tidak dicalonkan semula. Bantaahan yang sama terdapat di Negri Sembilan, Johor dan lain-lain. Beberapa bilik gerakan BN tidak berfungsi dan bendera BN diturunkan.
MCA di Pandan, di Seremban dan beberapa tempat lagi tidak bersetuju dengan calon rahsia Najib yang diumumkan di saat terakhir.
Ramai mengira Ong Kee Tian, MP di situ sejak sekian lama adalah calon boleh menang. Walaupun harapan MCA tipis bagi menghadapi pengaruh DAP, tetapi Kee Tiat adalah tokoh MCA yang ada harapan baik. Bantahannya dan penyokongnya boleh melemahan lagi harapan MCA pimpinan Soi Lek untuk menebus kekalahan 2008.
DAP yang dikira kebal juga dibantah oleh penyokongnya apabila DUN Pulau Tikus, Pulau Pinang digantikan dengan orang baru.
Walaupun semua parti bergolak tentang calon, tetapi yang ketara mendapat bantahan penyokong sendiri ia Umno dan Barisan Nasional. Umno menghadapi bantahan dari rakan Barisan nasional, ia juga dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri.
Tiada parti yang benar-benar tenang kali ini.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments