Opinion

Sikap Hadi tidak ancam Pakatan

Sikap Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor disokong oleh Tok Guru Nik Aziz mengelirukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR), termasuk PAS.

Ketua PAS itu dikatakan melanggar persetujuan bersama pimpinan Pakatan.

PAS tidak perlu berbalah atas kejadian. Keputusan Hadi itu perlu disokong sekali pun ia sikap seorang. Nahas bagi PAS jika menolak pencerahannya kerana dipercayai sikapnya  disenangi oleh akar umbi PAS dan akar umbi orang awam yang diam.

Kedua-dua pimpinan ulama PAS merasa perlu PR dipertahankan sekalipun keduanya berbeza pendapat dalam mengganti Khalid sebagai menteri besar Selangor. Mereka mahu beliau dikekalkan.

Perbezaan pandangan tentang Khalid tidak wajar memecahkan Pakatan sebagaimana DAP dan PKR menolak hudud.

Ia cuma menggagalkan Langkah Kajang yang pintar tetapi tidak dapat diteruskan dengan halangan kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Kajang dilihat pintar kerana ia politik pintas bagi menambil Putrajaya, tetapi tidak tujuan utamanya menyingkirkan Khalid. Khalid wajar memberi laluan kepada Anwar sebagai menteri besar kerana ia menyenangkan tawanan Putrajaya.

Kepintaran itu berakhir dengan halangan mahkamah. Maka menggantikan Khalid tidak berbangkit lagi.

Sekali pun Pakatan Rakyat itu milik semua, tetapi semuanya melihat pimpinan de facto yang kekuatannya tidak sebagai de factonya dalam PKR. Anwar tidak boleh samakan Pakatan dengan PKR kerana semua kerabat atas kuasa penentu.

Sekalipun Hadi mempertahankan Khalid, tetapi tidak ditolak pengaruh Anwar dalam Pakatan. Sekalipun dikatakan Hadi pernah memikirkan calon perdana menteri Pakatan diganti dengan yang lain, tetapi kenyataannya Anwar payah digantikan.

Buat masa ini Anwar adalah pilihan. Tidak ada orang dalam PKR yang boleh menggantikan Anwar sebagai calon perdana menteri.

Maka Anwar mesti bijak mengurus sikap terbuka Hadi dan Nik Aziz tentang menteri besar Selangor secara bijaksana.

Langkah Kajang sudah hilang pintar dan keutamaan Anwar ialah menjaga Pakatan seperti yang Hadi juga mahu. Langkah Kajang bukan projek Pakatan. Ia projek PKR. Maka ia tidak boleh disuap ke mulut orang lain.

Lim Guan Eng kata pendirian Hadi itu boleh memecahkan Pakatan. Saya kata, tidak.

Anwar mesti bersama Hadi dan Lim Kiat Siang untuk memastikan Langkah Kajang yang bermasalah dan sikap Hadi terhadap Khalid tidak menjejaskan masa depan Pakatan Rakyat.

Sebarang langkah menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan menggesa supaya Hadi diketepikan dari pimpinan PAS, maka itulah yang memecahkan Pakatan.

Jangan sangka PAS sahaja rugi kalau dikeluarkan dari Pakatan. Ia merugikan semua pihak terutama rakyat yang inginkan perubahan.

Jika Anwar membiarkan ini berlaku, maka ini bererti Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk menjadi perdana menteri.

Adakah Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk meneruskan kerjaya politiknya? Pada saya, Anwar diperlukan lagi oleh Pakatan sebagaimana Selangor masih memerlukan Khalid.

Semuanya jangan berfikir Anwar boleh terus jadi calon perdana menteri dengan menyingkirkan PAS dari Pakatan.

Mungkin sikap Hadi itu bukan sikap PAS, maka mempertahankan Khalid itu bukan sikap PAS. 

Sebagai seorang ulama yang merasakan tidak cukup syarat bagi menyingkirkan Khalid, maka beliau sebagai pemimpin PAS mahupun sebagai peribadi, maka beliau merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan.

Orang yang mengkritik kenyataan Hadi itu sebenarnya mahu mengurangkan peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Perdana menteri buat Anwar bukan kerana glory diri tetapi untuk membela rakyat mendapatkan keadilan. – 1 Ogos, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments