Opinion

Tak kiamat lagi 21 Disember ini

10 DIS ― Telah heboh di barat sana membincangkan pendapat nujum dunia akan kiamat pada 12 Disember ini.

Kiamat itu wajib dipercayai kerana ia satu dari rukun iman yang enam. Siapa yang tidak mempercayainya, dia kafir.

Masanya sudah tidak jauh tetapi tidaklah dekat sangat hingga pada 21 Disember ini. Walaupun sudah banyak tanda yang kiamat itu sudah dekat tetapi tidak pada 21 Disember ini.

Masih banyak lagi isyarat kiamat itu belum berlaku. Antaranya Nabi Isa a.s. belum turun dari alam ghaib. Nabi Isa al-Masih datang sekali lagi ke dunia, lepas itu barulah kiamat. Tetapi tidak pula secepat itu kiamat itu. Ada lagi kejadian selepas itu barulah kiamat.

Selagi Nabi Isa a.s. belum turun, kiamat tidak akan berlaku.

Imam Mahadi pun belum turun lagi. Imam Mahadi datang dulu sebelum Nabi Isa. Ada yang mengatakan Imam Mahadi sudah tutun. Ada yang menyangka abuya As-Syaari Muhamad itu Imam Mahadi. Ia sangkaan yang silap. Ada juga yang menyangka Ayatullah Khomeini itu Imam Mahadi. Ia juga sangkaan yang silap.

Lepas ada Imam Mahadi baru datang Nabi Isa yang peranan besarnya adalah untuk membunuh Dajjal. Datang Dajjah dulu yang kerjanya adalah untuk menindas dan menyiksa orang beriman, sesudah barulah turun Nabi Isa untuk menyelamatkan dunia dan manusia dari belenggu kekufuran.

Tidak pula kiamat serta merta selepas dibunuhnya Dajjah. Lepas itu baginda membersihkan dunia dari babi dulu. Setelah habis babi, dekatlah kiamat itu, tetapi tidaklah ia dekat sangat tetapi tidaklah jauh sangat.

Wafat Nabi Isa dulu. Nabi Isa yang datang semula itu hidup selama 40 tahun lagi. Selepas baginda wafat ada lagi perkembangan yang menunjukkan tanda-tanda kiamat itu kian dekat. Tetapi bukan pada 21 Disember ini.

Kita tidak tahu bila Nabi Isa akan turun. Lepas Nabi Isa turun, ssekurang-kurangnya ada masa 40 tahun lagi sedang 21 Disember itu hanya beberapa hari saja lagi. Maka sahlah tiada kiamat pada 21 Disember ini.

Lambat lagi kiamat itu ialah kerana orang beriman iaitu orang Islam masih ada lagi di dunia. Orang Islam itu bukan pula sedikit. Lebih dari satu bilion. Mungkin kebanyakan orang Islam itu nilainya seperti buih dilaut, tetapi bertambah bilangan orang Islam menghantar anaknya ke kelas menghafaz al-Quran. Bilangan hafiz dan hafizah pun bertambah. Selagi ada orang yang hafaz Quran, maka kiamat tidak berlaku lagi.

Dunia jadi sifar Islam dulu barulah kiamat. Setelah dunia ini sudah tidak ada ulama dan tiada lagi yang hafaz Quran ia diikuti habis orang Islam mati, maka barulah sampai kiamat yang Allah janjikan itu.

Orang Islam tidak sempat untuk menyaksikan dunia ini kiamat. Mereka semua mati dulu. Selepas dunia ini kosong dengan orang Islam, orang kafir ada lagi. Kita tidak tahu berapa lama lagi orang kafir boleh hidup.

Orang kafir dapat merasakan hari kiamat itu. Baki orang kafir itu akan mati semuanya semasa angkakala yang pertama ditiup. Semua cekrawala bersama manusia dan binatang hancur menjadi debu. Apabila sangkakala ditiup kali kedua bagi memulakah alam mahsyar bangun semula sekalian manausia dari alam kubur.

Berapa lama pula antara ssekarang hingga tiupan sangkakala yang pertama tiada siapa tahu. Boleh jadi sekejap dan boleh jadi lama. Tanda awal kiamat itu sudah dekat ialah dengan kelahiran Rasulullah SAW. Tetapi yang dikatakan dekat itu sudah berlalu 15 kurun belum juga kiamat. Adakah kita menunggu 15 kurun lagi? Tiada siapa tahu. Ia tidak lama lagi tetapi tidaklah dekat sangat hingga tinggal beberapa hari saja lagi.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments