Opinion

Ubah, hudud, Himpunan Hitam 505

9 JUN — PRU13 sudah berlalu hampir sebulan. Keputusan diumumkan oleh SPR dikira kontroversi sudah diketahui bahawa perubahan menguasai Putrajaya yang pembangkang kumandangkan tidak tercapai.

Keputusan itu dipertikai oleh Pakatan Rakyat. Ia menganjurkan Himpunan Hitam 505 di merata-rata dengan sambutan memberangsangkan. BN dan polis ada pesepsinya atas himpunan. Ia  dikira jangkitan kuman Spring Arab bagi menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Warga dan penyokong BN sekata dengan persepsi itu.

Golongan pro perubahan terutama di peringkat akar umbi mengira himpunan hitam itu satu lanagkah popular tetapi ada pemimpun ulama yang tidak memilih pendekatan unjuk rasa menyatakan mengapa unjuk rasa tidak wajar jadi pilihan.

Saya bukan lagi orang politik nasional, bahkan pengikut perkembangan politik biasa, bebas berada di gerai, di lorong-lorong, di surau dan menyetai kegiatan sosial seperti kenduri dan kematian.

Maka saya banyak didekati oleh orang akar umbi ini bersungut tentang pemimpin tertentu meremehkan unjur rasa dan bercakap tentang hudud dalam kempen sedang hudud itu bukan isu pada PRU itu.

Saya ditanya itu dan ini dengan nada yang tidak seronok. Mereka kata, mereka bersedia buat apa saja demi perubahan. Mereka mengambil bahagian dalam proses mencaria perubahan melallui kegiatan demokrasi. Apa jua yang pemimpin anjur mereka sertai, beri tenaga, masa dan wang inggit, pergi ke mana saja.

Kata mereka, PRU13 itu adalah peluang terbaik untuk berubah dan mereka yakin perubahan itu sepatutnya telah berlaku kiranya PRU itu telus, adil dan bersih. Mereka menerima semua yang pimpinan kata bahawa penipuanlah yang menjadikan kemenangan itu gelap. Dulu lagi penipuan itu sudah berlaku. Tetapi kali ini penipuan itu mudah dibuktikan dengan berbagai cara termasuk tekanan unjuk rasa dan Himpunan Hitam 505 itu.

Himpunan dan unjuk rasa itu bukan jangkitan Arab Spring, bukan untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan seteruk mana pun kerajaan itu. Tetapi yang mereka sokong ialah mengadakan tekanan kepada SPR supaya telus, adil  dan bersih seperti yang dituntut oleh Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan seterusnya. Unjuk rasa itu aman. Bukan untuk membuat huruhara, jauh sekali dari merampas kuasa.

Yang mereka mahu adanya reformasi dan transformasi SPR supaya lain kali ia jadi badot lagi.

Lalu mereka tanya, mengapa pemimpin cakap tentang hudud hingga mencelarukan kempen yang licin. Hudud adalah hal yang jelas bagi semua, pelaksanaannya akan berlaku bila tiba waktunya dan tidak perlu dijadikan isu utama dalam kempen.

Buat apa ketika orang akar umbi bersedia apa saja seperti unjuk rasa, pemimpin remehkan unjuk rasa. Siapa yang tidak suka serta adalah haknya, tetapi buat apa celarukan kerja orang yang sudah bulat mengenakan tekanan kepada SPR supaya jangan lagi bermain kayu tiga?

Saya kata, isu hudud tidak ganggu penyokong DAP mengundi Pakatan. Ustaz Hadi dan TG Nik Aziz serta setengah  dari unjuk rasa. Ertinya unjuk rasa itu populer bagi pejuang perubahan. Mereka setuju dengan tetapi mereka tidak puas hati hal-hal itu mengganggu kelicinin kempen dan mereka tidak tahu jawab.

Saya pun tidak tahu menjawabnya. Akar umbi sudah sedia untuk perubahan, jangan ada orang atas bercakap tentang hal yang tidak releven, nanti orang kata, orang akar umbi lebih faham politk dan segala sepak terajangnya dari orang atas.

Kali ini orang akar umbi itu betul. Mereka adalah sebahagian dari pengundi popular yang 51 peratus dalam PRU itu.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments