31 OKT ― Saya mengikuti setiap debat calon Presiden Amerika 2012 ― tiga kali bagi calon Presiden dan sekali bagi calon Naib Presiden. Dalam beberapa pilihanraya Presiden Amerika sebelum ini pun saya mengikutinya tetapi tidaklah setiap kali.
Saya tertarik dengannya. Ia adalah hasil dan natijah demokrasi dan sikap terbuka masyarakat Amerika.
Apakah demokrasinya semprna dan adil adalah suatu yang lain. Sebagai seorang Islam, tiadalah yang lain sesempurna Islam, baik aqidahnya, perundangan, politik, ekonomi, sisial dll. Saya tidak bercadang untuk memperincinya dan tidak berhajat berdebat dengan sesiapa mengenainya.
Sebagai seorang Islam, pada demokrasi, sekalipun ada perbezaan antara satu bangsa dengan yang lain, ia adalah yang terbaik selepas Islam.
Amerika selain mengisytiharkan sistem yang dipegangnya adalah demokrasi, ia cuba membuktikan demokrasi itu dilaksanakan untuk rakyatnya.
Malaysia macam Amerika ketika lahirnya sebagai bangsa yang merdeka pada 31 Ogos 1957, diisytiharkan oleh bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, ia tegak atas sistem demokrasi berparlimen, sama seperti yang diisytiharkan oleh bapa kemerdekaan Amerika, George Washington hampir 300 tahun dulu.
Walaupun Malaysia terlalu muda dibandingkan dengan Amerika tetapi Malaysia mahu jadi seperti Amerika mengamalkan demokrasi. Apakah Amerika melaksanakan demokrasi diperingkat dunia? Jawabnya, tidak.
Tetapi demokrasi itu telah diamalkan sebaik-baiknya untuk rakyat. Kalau pun tidak 100 peratus, ia telah memberi yang terbaik.
Contoh terbaiknya ialah kewajipan mengadakan debat terbka bagi calon Presiden setiap kali pilihanraya dan buat satu pilihanraya mereka berdebat lebih dari sekali yang dsiarkan ke sseluruh dunia melalui TV. Ia diadakan demikian sejak negara itu memperkenalkan perkhidmatan TVnya.
Presiden dan kerajaan yang ada bertanggungjawab memastikan bahawa keadilan demokrasi diberi kepada setiap calon dari semua parti yang bertanding. Walaupun politik itu penuh dengan tipu daya termasuk penindasan, tetapi kemerdekaan dan kedaulatan rakyatnya tidak membenarkan penindasan dan penipun dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk Presiden dan kerajaan ada.
Atas keadilan dan kedaulatan yang jadi hak rakyat itu, maka setiap pengundi berhak untuk tahu siapa calon Presiden dan apa dasar dan rancangannya. Tidak boleh Presiden menghalang penentangnya muncul di TV apalah berdebat secara berdepan seperti tiga kali antara Presiden Obama dan calon Presiden Mitt Romney yang mencabar Presiden.
Dengan debat tiga kali atas berbagai isu dan topik itu setiap rakyat kenal setiap calon termasuk calon yang mencabar Presiden walaupun sebelumnya tidak semua rakyat Amerika mengenalnya. Kelau dengan debat dan kebebasan untuk menyampaikan maklumat masin g-masing dapat mengenalkan mereka kepada masyarakat dunia, maka sudah tentu ia memberi peluang bagi pengundi membuat pilihan yang mereka fikir terbaik.
Saya bukanlah orang yang gilakan Amerika, tetapi saya seronok melihat rakyat dapat peluang bagi mengetahui siapa yang bakal memerintahkan untuk empat tahun berikut. Jika mereka puas hati dengan Presiden yang ada mereka sokong lagi buat penggal empat tahun kedua. Jika mereka rasa Presiden itu mengarut, mereka gantikan dia dengan calon yang mencabarnya.
Bertuah rakyat Amerika. Untungnya saya kalau dapat jadi rakyat dan bangsa itu. Tetapi saya bukan bangsa itu. Saya ada bangsa dan negara saya sendiri. Sebaik mana pun cinta saya kepada bangsa dan negara saya Malaysia, saya tidak diberi peluang dan hak oleh kerajaan dan negara saya seperti yang diberikan oleh Amerika dan kerajaannya untuk rakyat.
Dengan Barisan Nasional berkuasa sejak 55 tahun merdeka, bukan calon menentang kerajaan tidak diberi layanan yang seadilnya, rakyat yang mengundi dan setia kepada negari dihalang mendapat maklumat yang terbaik.
Dua-duanya mengaku demokrasi, tetapi yang sama bendera saja ― sama-sama jalur merah-putih. Yang lain tidak sama. Oh Malaysia! Tanah airku!
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments