Seorang pemimpin itu dihormati kerana kepimpinannya dan bukan kerana dia mahu orang menghormatinya.
Apabila seseorang itu menjadi pemimpin, berkelakuanlah seperti seorang pemimpin, hormat akan datang kemudian.
Jika seseorang pemimpin itu sering merajuk, dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak layak memimpin kerana perangainya seperti murid sekolah.
Pemimpin yang baik membuat keputusan jelas dan mudah difahami pengikutnya.
Jika tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana masalah kesihatan atau sibuk di luar negara, hormatilah wakil yang menggantikannya dan bukan menolak keputusan mesyuarat kemudiannya.
Kadangkala, pemimpin tidak baik itu terus kekal berkuasa kerana mempunyai pengikut yang terlalu taksub.
Pengikut tidak berani menegur kelemahan pemimpin itu dan tidak berani menggantikannya apabila sampai masanya.
Tambahan lagi, ada pengikut pandai mengipas dan menceritakan perkara-perkara yang sedap didengar untuk seseorang pemimpin itu terus berkuasa.
Pengikut seperti ini sudah pasti akan sayangi pemimpin sebegini walaupun sudah berperangai seperti murid sekolah.
Bagi pengikut seperti ini, lebih lemah seseorang pemimpin itu lebih baik kerana mereka dapat mengawalnya. Tidak kurang juga habuan yang bakal diterima.
Apatah lagi jika pertubuhan atau organisasi itu menjadikan agama sebagai ideologi perjuangannya.
Kata-kata atau perlakuan pemimpin itu akan dianggap sebagai wahyu atau arahan tuhan.
Sebab itu kebanyakan pemimpin dalam organisasi agama kekal memimpin sehingga akhir hayatnya.
Walaupun sudah bersikap seperti murid sekolah atau nyanyuk, pengikut-pengikut masih taksub kepadanya.
Tidak kiralah pernah gagal dalam memimpin sesebuah negeri atau negara, kerana yang dijualnya syurga dan neraka, pengikut-pengikutnya takut untuk mengatakan tidak kepadanya.
Kalau ada pun yang berani bercanggah pandangan atau berbeza pendapat, akan dicap sebagai pengkhianat yang menentang kata-kata tuhan.
Inilah masalah utama organisasi-organisasi yang berteraskan agama.
Merompak sekalipun akan dihalalkan atas nama tuhan.
Walaupun akhirnya nama tuhan itu sendiri akan tercalar kerana kerakusan seseorang pemimpin itu, ia tidak penting kerana yang paling penting kuasa, darjat dan kedudukan.
Tuhan dan ayat-ayat tuhan akan terus dijadikan alat untuk terus berkuasa! – 8 Februari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments