Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini berikrar untuk melakukan lebih banyak pendedahan mengenai “isu semasa”.
beliau sanggup berdepan risiko.
Menurut Hamid, walaupun sedar sebagai seorang yang “makan gaji kerajaan” mungkin bakal diambil tindakan, demi kerana agama dan negara,Difahamkan, dalam jangka masa terdekat, sesuatu yang "menggemparkan" bakal didedahkan Hamid.
Kes Hamid merupakan di antara perkembangan menarik yang berlaku dalam negara menjelang himpunan Bersih 4 pada 29 Ogos.
Belum pernah berlaku sebelum ini, bekas bos SB menyerang kerajaan secara terbuka.
Adakah tindakan Putrajaya memindahkan Hamid ke JPM menyebabkan perpecahan berlaku dalam pasukan polis, atau secara spesifiknya, SB?
Apakah perpecahan dalam SB akan menyebabkan usaha untuk mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi semakin sukar?
Di sisi lain Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang masih menjelajah negara untuk mempromosikan himpunan Bersih 4 mengumumkan mereka berjaya mengumpul derma sebanyak RM1.2 juta dalam masa 10 hari.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, ini mencerminkan sokongan rakyat dan derma yang diterima organisasinya 3 kali ganda lebih tinggi daripada yang diterima semasa himpunan Bersih 3 dahulu.
Berapa banyak lagi yang Bersih 2.0 mampu kumpulkan menjelang perhimpunan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi?
Ini juga akan menjadi indikasi kepada angka yang akan membanjiri Kuala Lumpur minggu hadapan.
Penyertaaan akar umbi Umno
Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menambahkan lagi masalah Najib di dalam Umno.
Walaupun Najib kini mendapat sokongan majoriti ketua Umno bahagian, belum tentu beliau kini menguasai sokongan akar umbi parti tersebut.
Ini yang perlu diselesaikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mendapat ganjaran menjadi timbalan perdana menteri.
Muhyiddin dan Shafie mungkin tidak sehebat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu dalam membangkitkan pemberontakan.
Namun kedua-dua pemimpin kanan Umno yang bebas menjelajah ke seluruh negara sedikit sebanyak mempengaruhi akar umbi parti Melayu itu.
Dan oleh kerana sekarang ini sudah tidak ada lagi ruang bagi akar umbi untuk menyuarakan kemarahan, demonstrasi mungkin menjadi pilihan.
Apatah lagi Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno menyatakan baru-baru ini demonstrasi boleh menjadi pilihan terakhir untuk menjatuhkan Najib.
Walaupun bekas perdana menteri itu mengatakan sekarang belum sampai masanya untuk menggunakan pilihan terakhir itu, apakah akan terjadi sekiranya 3 hari menjelang himpunan Bersih 4 Dr Mahathir mengatakan masanya sudah tiba?
Kemerosotan ekonomi jatuhkan pemimpin
Kemerosotan ekonomi seringkali menjadi satu punca seseorang pemimpin atau kerajaan itu digulingkan.
Bekas presiden Indonesia Soeharto dijatuhkan ketika krisis ekonomi melanda negara itu pada tahun 1998.
Hari Malaysia berdepan dengan kemerosotan nilai ringgit yang paling teruk mencecah mencecah RM4.135 berbanding AS$1 dan RM6.45 berbanding £1.
Mampukah Malaysia bertahan jika tukaran mencecah RM5 berbanding AS$1?
Apatah lagi ketika rakyat bawahan masih tertekan dengan kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk penduduk luar bandar yang menjadi kubu kuat Umno.
Perhimpun Bersih 4 mungkin menjadi harapan terakhir bagi mereka untuk menurunkan Najib dari takhtanya.
Dan jika angka yang hadir ke Bersih 4 cukup besar, perhimpunan yang dirancang selama dua hari itu mungkin dipanjangkan sehingga objektif dicapai. – 23 Ogos, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments