Tahun ini bermula dengan “baik”. Akhirnya media arus perdana “mengakui” perlombongan bauksit di Kuantan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.
bertukar “merah” mengubah segala-galanya.
Selepas sekian lama isu ini diperjuangkan penduduk kampung, pejuang alam sekitar dan parti pembangkang, air Sungai Balok yang“Better late than never”. Semalam agensi berita nasional Bernama memberikan liputan meluas berhubung perlombongan bauksit di Kuantan.
Di antaranya ini, ini dan ini.
Tahniah diucapkan kepada Mohd Saidi Abdul Samad yang sudah lama menentang perlombongan bauksit di kampungnya.
“Sekiranya ayah saya sendiri yang menjual tanahnya kepada pelombong bauksit, saya tetap akan menentangnya.
“Mereka tidak tahu apakah kesan aktiviti ini kepada alam sekitar kita. Saya bukan orang kaya atau berpendidikan tinggi tetapi saya tahu yang (perlombongan) jika tidak dikawal akan menjadi bom jangka,” Saidi memberitahu The Malaysian Insider sewaktu lawatan ke kawasan perlombongan bauksit di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia itu sebelum ini.
Walaupun selama ini beliau disindir, dihina dan dicerca, akhirnya isu yang diperjuangkannya sudah menjadi “arus perdana”.
Saidi sudah pasti tersenyum membaca akhbar arus perdana hari ini. Ke mana agaknya penduduk kampung yang menghinanya selama ini mahu meletakkan muka mereka?
Permulaan baik kerjasama Umno-PAS
Semalam media turut melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed “menegur” kerajaan negeri kerana sebuah jambatan roboh disebabkan pembuangan sisa balak.
Disebabkan itu, Mustapa mencadangkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang khusus bagi menghalang pembalak membuang sisa kayu balak ke dalam sungai.
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, langkah itu perlu kerana selain menyusahkan masyarakat setempat akibat jambatan rosak, kerajaan juga perlu mengeluarkan peruntukan bagi membina semula jambatan yang runtuh.
“Kami mahu kerajaan negeri ambil tindakan supaya balak tak dibuang ke dalam sungai begitu sahaja, ini akan merosakkan jambatan yang dibina rendah sekaligus menyusahkan penduduk serta merugikan kerajaan,” katanya selepas meninjau jambatan di Kampung Pemberian yang roboh dalam kejadian banjir sebelum ini, di Kuala Krai.
Sebelum ini kritikan sudah banyak dilemparkan kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS berhubung isu pembalakan di negeri berkenaan, akan tetapi langsung tidak dihiraukan.
Mungkin teguran Umno akan memberikan kesan kerana kini kedua-dua parti itu sudah “bekerjasama”.
Umno perlu mengajar PAS, memerintah negeri ini bukan hanya hudud semata-mata.
Janganlah kerana terlalu sibuk memperjuangkan hudud, negeri terabai, mangsa banjir terbiar dan hutan terus “ditarah” untuk memberikan pendapatan kepada negeri.
Parti yang menggunakan “Islam” sebagai ideologi seharusnya mampu memberikan penyelesaian alternatif kepada rakyat dalam semua isu seperti ekonomi, sosial dan politik.
Bahayanya ialah, kegagalan akan menyebabkan nama Islam turut tercemar kerana parti itu mendakwa apa yang dilakukan mereka berdasarkan ajaran agama itu.
Maka tidak hairanlah mengapa PAS tidak pernah dapat mengalahkan Umno dan memerintah Malaysia walaupun sudah lebih 50 tahun usianya.
Semoga 2016 akan terus memberikan kebaikan kepada kita. – 3 Januari, 2016.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments