Bekas menteri luar Thailand Kasit Piromya bimbang, Malaysia yang dianggap sebagai rumah keduanya akan bertukar “musnah” seperti negara Timur Tengah Iraq dan Syria.
Beliau turut menggesa kepimpinan Malaysia mentadbir dengan penuh tanggungjawab dan mengamalkan “politik kompromi”.
“Itu sangat penting. Jika apa-apa berlaku kepada Malaysia, maka berakhirlah komuniti Asean,” katanya mengulas mengenai perhimpunan perkauman “baju merah” yang disokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Kebimbangan Kasit itu sebenarnya merupakan kebimbangan utama ramai orang di peringkat Asean atau Asia Tenggara terutamanya dari Indonesia, Thailand dan Singapura.
Perkembangan yang berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini menunjukkan negara berbilang kaum ditubuhkan 52 tahun lalu itu sedang menuju kepada kemusnahan.
Dan kejatuhan Malaysia akan memberikan kesan kepada negara Asean lain. Jika “huru-hara” berlaku di Malaysia, ia akan mempengaruhi negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Apatah lagi di zaman media sosial seperti hari ini.
Semalam, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pula menyatakan kebimbangannya keadaan “darurat” akan wujud dalam negara menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Katanya, kerajaan sedia ada pada hari ini seolah-olah sedang menanam “benih darurat” sebelum PRU akan datang.
Jika dilihat apa yang berlaku dalam negara sejak 2 menjak ini, tidak ada yang pelik dengan pandangan Samad itu terutamanya bagaimana media arus perdana melaporkan tentang himpunan baju merah minggu ini.
Seolah-olah sudah hilang cinta kparti politik terus berkuasa.
epada negara ini dan tidak kisah dengan kemusnahan yang bakal berlaku asalkan seseorang pemimpin atau sesebuahMalaysia jadi Afghanistan?
Negara Afghanistan sangat dekat dengan hati penulis. Sejak selepas zaman universiti, penulis sudah terlibat dengan kerja-kerja kemanusiaan di negara tersebut.
Malah selepas 2004, penulis berkesempatan untuk kembali ke Afghanistan beberapa kali sehingga yang terakhir pada 2009.
Di Afghanistan, penulis bertemu dengan ramai “orang-orang lama” yang menceritakan bagaimana negara sehebat itu dan pernah dianggap sebagai “Dubai” pada 1960-an musnah menjadi seperti apa berlaku pada hari ini.
Percaturan kuasa asing, ektremisme agama dan pergaduhan etnik menyebabkan negara yang hebat seperti Afghanistan itu kini dijajah kembali kuasa asing.
Dan setiap kali penulis ke Kabul, keadaan keselamatan di negara itu semakin memburuk. Antara 2004 dan 2005, masih lagi dibenarkan “orang asing” untuk berjalan-jalan ke Chicken Street dan Flower Street.
Pada 2009 untuk ke kedua-dua tempat popular di Kabul itu, hanya dibenarkan jika bersama dengan pengawal keselamatan.
Sudah pasti hari ini keadaan menjadi semakin buruk. Membaca laporan media tidak berapa lama dahulu, hotel yang pernah didiami penulis turut dibom.
Apakah kita mahu sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia yang dikenali kerana kemakmurannya bertukar menjadi Afghanistan?
Menjadi tanggungjawab pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk tidak “menggadaikan” Malaysia semata-mata kerana kekuasaan politik.
Jangan peralatkan sentimen perkauman dan agama untuk mencetuskan kemarahan dan menyebabkan pergaduhan sehingga ianya menjadi tidak terkawal.
Seperti dikatakan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, hari ini Malaysia sudah tidak lagi selamat seperti dahulu sehingga terdapat pengarang akhbar yang terpaksa membawa senjata api. – 20 September, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments