Opinion

Solidariti rentasi perbezaan melindungi Sheikh Yusuf al-Qaradawi

Genap setahun Maulana Abdul Kader Mullah, Setiausaha Agung Jamati Islami Bangladesh syahid di tali gantung akibat hukuman zalim Mahkamah Internasional di Bangladesh.

Untuk ingatan, sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971. Namun pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran dan bertindak tanpa melibatkan pengawasan PBB.

Hukuman penjara seumur hidup pada bulan Februari berubah menjadi hukuman mati pada bulan Disember pada 2013. Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah berpunca dari protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadapnya terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan.

Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum itu mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

Jelasnya ia satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Nah, kini Ummat Islam berdepan dengan satu lagi episod pemangsaan zalim dan kali ini terhadap Ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Langkah Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir menampakkan pengguasa politik dunia yang sangat ringan terhadap sensitiviti Ummat Islam bahkan bersedia bersekongkol dengan regim diktator As-Sisi.

Tindakan Interpol jelasnya juga tidak langsung mempedulikan masyarakat antarabangsa yang mengenali tokoh cendiakawan Islam ini sebagai lambang ‘Kesederhanaan’ atau ‘Wasotiyyah’ Dunia Islam dengan kepemimpinan serta pencerahan bimbingan ilmunya, yang juga antara tokoh Ulama yang mempelupori ‘Dialog Antara Peradaban’  atau ‘Civilizational Dialogue’, sekaligus mampu menangani konflik dan ekstremisme beragama.

Semasa Kebangkitan Rakyat berdepan dengan kezaliman regim diktator Mesir beliau menekankan pendekatan aman secara demokrasi dan tidak mengizinkan Pemuda mengambil pendekatan kekerasan.

Apakah tindakan pemimpin negara Ummat Islam khasnya Malaysia yang pernah menganugerahkan beliau Tokoh Ma’al Hijrah sedikit waktu dahulu? Apakah respons kepimpinan negara-negara Ummat Islam khasnya dalam OIC?

Bahkan saya minta untuk melanjutkan penggemblengan Solidariti ini secara lebih 'lnclusive' dan meluas lagi dengan meminta supaya President Obama sendiri campur tangan dalam mempastikan permintaan Mesir tidak diraikan dan dilaksanakan INTERPOL.

Kalau Presiden Obama mampu melakukan Pemulihan Hubungan Diplomatik dengan Presiden Raus Castro dan Cuba, yang pernah ditanggapi Amerika Syarikat sebagai 'Penaja Terrorisme', maka tentunya Presiden Obama mampu mempastikan seorang tokoh Ulama terbilang di dunia Islam ini diberikan segala kemuliaan perlindungan dan tidak dihina sebegini.

Lanjutan itu juga Ummat Islam sangat berbesar hati sekiranya Pope Francis, Pontif Vatican, selaku mewakili 1.2 bilion warga Katolik Kritian menghulurkan Solidariti bagi mempastikan sekaligus gejala 'Islamophobia' dapat dikendurkan dalam perhubungan antara agama yang sedang melalui proses pemulihan mutakhir ini.

Membiarkan hanya Ummat Islam sahaja bertindak seolah-olah ini hanya isu Ummat Islam jelas mempamerkan erti ‘demokrasi yang lompang’ serta mengesahkan 'hipokrasi yang mendalam'. Pastinya itu sangat mengaibkan buat pelupur dan penganjur sistem demokrasi di dunia ini.

Wajib untuk semua pemimpin negara ummat Islam bersekali dengan penggemblengan seluruh kepimpinan dan masyarakyat antarabangsa bertindak memberhentikan pemangsaan politik seperti yang dilakukan ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, bagi menjernihkan erti Kedaulatan Undang-undang atau Rule of Law dan maksud ‘Demokrasi Untuk Semua’!

Inilah antara langkah paling konkrit bagi menyuburkan budaya ‘Kesederhanaan (Moderation) dan Keharmonian Tamaddun Manusia’ dalam abad 21 Masehi ini dengan sama-sama membenteras ketidakadilan, kezaliman dan kediktatorian.

Bahkan saya minta untuk melanjutkan penggembelengan solidariti ini secara lebih inklusif dan meluas lagi dengan meminta supaya Presiden Obama sendiri campur tangan dalam memastikan permintaan Mesir tidak diraikan dan dilaksanakan Interpol.

Kalau Obama mampu melakukan Pemulihan Hubungan Diplomatik dengan Presiden Raus Castro dan Cuba, yang pernah dianggap Amerika Syarikat sebagai 'penaja terrorisme', maka tentunya Obama mampu memastikan seorang tokoh ulama terbilang di dunia Islam ini diberi segala kemuliaan perlindungan dan tidak dihina sebegini.

Lanjutan itu juga umat Islam sangat berbesar hati sekiranya Pope Francis, Pontif Vatican, selaku mewakili 1.2 bilion warga Katolik Kristian menghulurkan solidariti bagi memastikan sekaligus gejala 'Islamophobia' dapat dikendurkan dalam perhubungan antara agama yang semakin  meruncing. – 23 Disember, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments