Opinion

Tipikal Melayu bangang bengang lepas Paris

Saya pernah berkata kalau darah sudah berderau, maka mulalah saya menulis dalam Bahasa Melayu. Apatah lagi, yang membengangkan saya sampai perlu menulis dalam Bahasa Melayu adalah bangsa Melayu sendiri.

Dan saya rasa perlu diterangkan siapa yang tergigit cili, tentulah terasa pedasnya artikel ini.

Seperti biasa, muncullah Melayu bangang bila tragedi melanda di Paris pada 13 November lalu.

Waktu berita sibuk bercerita tentang tragedi ini, laman sosial Facebook juga mengeluarkan aplikasi menukar gambar profil akaun masing-masing dengan bendera Perancis sebagai tanda sokongan menentang keganasan anasir pengganas.

Dan seperti biasa, muncullah Melayu bangang dan hipokrit mengutuk Melayu dan rakyat Malaysia lain kerana tidak menunjukkan simpati kepada rakyat Islam di Beirut dan Iraq yang turut diserang kumpulan militan Negara Iraq dan Syria (Isis), malah bangkitkan semula isu Palestin sekali pada lingkungan waktu yang sama.

Sudah tentunya mereka tidak ingin membuat lencana “Picbadge” untuk gambar profil mereka. Sudah tentunya mereka tidak menukar gambar profil menjadi bendera Lebanon, Iraq, malah mengukir sendiri gambar yang menunjukkan solidariti terhadap semua rakyat-rakyat negara mangsa keganasan Isis itu.

Tentulah tidak. Susah sangat. Lagi bagus melenting dan mengutuk semua yang bersolidariti dengan Paris.

Saya nak tanya orang yang mengutuk sebegini: Sejak bila menunjukkan simpati jadi pertandingan? Dah capai kuota ke di laman Facebook untuk Palestin dan Beirut dan umat Islam menang?

Perlukah sampai mengutuk orang, mencaci semata-mata mereka tidak menyuarakan simpati semua mangsa keganasan dan bencana yang berlaku pada masa sama?

Dah kutuk orang lain, kamu rasa puaskah? Ego dah cukup kembang memalukan orang?

Tahukah kamu, tahun lepas Parlimen Perancis mengundi mengiktiraf secara rasmi kewujudan Palestin?

Tahukah kamu, walaupun Eropah berdagang dengan Israel, kesatuan EU meluluskan undang-undang di mana setiap pengeluaran tanah Israel yang dirampas daripada Palestin perlu dilabel?

Tahukah kamu, wahai penyokong Palestin hipokrit di Malaysia, negara kita juga berdagang dengan Israel?

Ini diterbitkan dalam akhbar Times of Israel. Mengikut laporan bertarikh 14 September tahun lepas, Biro Statistik Israel menyatakan perdagangan Malaysia-Israel berjumlah AS$1.529 bilion (RM6.7 bilion).

Berkenaan Lebanon, adakah kamu tahu menahu terdapat satu batalion tentera Malaysia (Malbatt) yang sedang berkhidmat di Lebanon sebagai tentera pengaman di sana, berpangkalan di selatan bandar Beirut?

Mengutuk orang tidak bersimpati dengan Beirut dan Lebanon, adakah kamu bertanya Kementerian Pertahanan jika warga Malaysia, tentera kita di sana selamat atau tidak?

Tentulah tidak. Tidak tahu menahu pun tentang ini bukan?

Sepertimana biasa dengan Melayu bangang – bising dulu, melalak seperti kera, tidak kisah, tidak ambil tahu.

Saya pelik dengan Melayu bangang sebegini. Bukan pasal apa, sebab mereka ini sedar atau tidak terlupa sikap simpati dan empati terhadap mana-mana rakyat negara yang sedang dalam keadaan sengsara bukanlah pertandingan.

Tidak logik bila Paris diserang dan dijadikan berita besar sampai satu dunia bersimpati, maka kesimpulannya ialah mereka sudah melupakan Palestin, tidak kisah tentang Beirut dan Iraq. Itu merupakan logik bangang.

Malah, si bangang-bangang Melayu yang tiba-tiba bersimpati dengan kesengsaraan rakyat Palestin, Beirut dan Iraq – kononnya – bukannya nak letak status mereka tiap-tiap hari dengan kata-kata bersimpati terhadap mereka ini, bukan?

Inilah dasar hipokrit bangang golongan Melayu ini.

Tambah lagi, si bangang-bangang yang kisah sangat pasal Paris, Beirut dan Palestin sampai menjerit-jerit ini tidak pula bersimpati dengan orang Rohingya yang lagi dekat dan mempengaruhi negara kita sendiri.

Masa Aung San Suu Kyi menang pilihan raya Myanmar baru-baru ini, ada golongan bangang ini menyuarakan keperluan negara itu mengiktiraf rakyat Rohingya beragama Islam di sana?

Tentulah tidak. Isu yang tidak cukup popular, mungkin.

Inilah yang saya katakan bukan sahaja perangai Melayu yang bangang tapi dasar hipokrit.

Di sini saya ingin menyatakan saya menyokong sesiapa sahaja yang bersimpati dengan Paris, dengan Iraq, dengan Syria mahupun rakyat Rohingya.

Saya juga ingin menyatakan sokongan saya terutamanya kepada rakyat Paris kerana betapa kukuhnya solidariti mereka pada malam 13 November itu.

Malam itu, sewaktu pengganas sedang menembak mati warga Paris di restoran, pub dan konsert, warga Paris sendiri membuka rumah mereka sebagai tempat berlindung bagi sesiapa yang memerlukannya.

Mereka tidak tanya bangsa, agama, malah kerakyatan.

Sekarang dengan Malaysia menghadapi musim tengkujuh, Bandaraya Shah Alam, Puncak Alam dan juga Johor Baru serta beberapa kawasan lain sedang mengalami banjir. Ada yang sampai dipindah keluar dari rumah mereka buat sementara waktu.

Adakah golongan Melayu bangang ini bersuara meminta orang semua bersimpati terhadap mangsa banjir? Ada mereka yang membuka rumah mereka untuk golongan ini, seperti rakyat di Paris lakukan sewaktu pengganas menyerang kota mereka?

Ada golongan Melayu bangang ini yang mahu membuka rumah mereka bagi rakyat Malaysia mangsa banjir? Apakah mereka akan membuka rumah mereka sendiri sewaktu bencana menimpa tanpa kisah berkenaan bangsa dan agama?

Tentulah tidak. Jadi tanyalah diri masing-masing. Kalau benarlah ikhlas tentang perjuangan masing-masing, teruskan. Tapi kalau setakat hendak ego dan tunjuk handal, teruskanlah bangang. – 19 November, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments