Opinion

Doa cinta dan lagu yang bermesej

Kita sering lupa untuk membentuk diri kita menjadi seorang yang bijak atau termasuk dalam golongan yang suka berfikir dan kritis, kita perlulah isikan minda kita ini dengan bahan yang ilmiah dan penuh dengan pengisian jiwa.

Hari ini anak muda kita masih dihanyutkan tentang angan-angan untuk menjadi bintang pop yang hidupnya penuh dengan warna yang gemerlapan apatah program Akademi Fantasia musim baharu sudah pun bermula.

Mereka ini yang kebanyakannya anak muda berumur bawah 30 tahun datang dari ceruk kampung, punya cita-cita besar untuk menjadi seorang bintang dan penghibur yang mendewasakan remaja khususnya dengan lagu cinta dan kecewa dengan bahasa dan ceritanya yang pramatang.

Kalau di luar negara atau di UK (United Kingdom ) contohnya, lagu Peace Train, Father and Son ataupun Morning Has Broken antaranya dendangan Cat Steven boleh popular dan dikategorikan sebagai lagu pop walau liriknya sarat dengan mesej keamanan seperti lagu Peace Train yang popular awal 1970-an dulu, di negara kita ini para remaja mahupun juruhebah masih mementingkan lagu cinta yang bertemakan angan-angan dan kekecewaan.

Di negara kita ini lagu dengan tema yang sebegini antara penyanyi yang mampu melakukannya dan mendapat sambutan seperti Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir.

Masalahnya ,mereka ini sedang meniti usia senja dan kesannya kita boleh lihat hasil garapan atau karya mereka. Mana karya baru mereka yang suatu masa dulu penuh dengan tema yang merakyat dan penuh dengan mesej itu?

Ramli Sarip masih bergantung dengan lagu seperti Bukan Kerana Nama (1986) atau Perjalanan Hidup (1987) yang popular dari mula ia diterbitkan sehinggalah ke hari ini. M Nasir pula sudah hilang sentuhan karya emasnya malah mutu suaranya pun sudah tidak seperti pada zaman kumpulan trionya Kembara mahupun album solonya yang berkualiti seperti S.O.L.O (1989), Saudagar Mimpi (1992) mahupun Canggung Mendonan (1993).

Nyatalah mahu tidak mahu kita perlu mencari alternatif dan pelapis bagi menggantikan mereka yang bakal pencen apabila sampai waktunya nanti.

Syed Amran Syed Omar, antara orang lama atau 'Otai' dalam dunia busking tanah air adalah jawapan bagi mereka yang sedang mencari-cari akan konsep muzik yang sekual dengan Ramli Sarip mahupun M Nasir.

Syed Amran atau lebih mesra dengan panggilan Syed di kalangan teman adalah segelintir penyanyi dan penulis lagu untuk albumnya sendiri mahupun untuk artis popular tanah air. Antara lagunya yang popular seperti Sandiwara Cinta Semusim (Iklim) dan Biasan (To Ki).

Tidak ramai penyanyi di Malaysia yang bergelar singer song writer. Antara mereka yang agak berjaya seperti M Nasir, Sohaimi Mior Hassan, Kopratasa dan Zubir Ali melalui kumpulannya Harmoni yang popular pada awal 1980-an dulu.

Saya mengenali Syed Amran sejak awal 2000 lagi dan kami pernah melalui zaman susah senang sebagai pemuzik jalanan sewaktu era Pasar Seni masih belum bersalut plastik lagi.

Hidup yang keras menjadikan beliau dewasa dengan cabaran dan pengalaman sehinggalah ke hari ini Syed masih lagi dengan kerjaya busking selain memenuhi undangan untuk persembahan dan nyanyian di merata-rata tempat.

Pada 1992 beliau menghasilkan sebuah album solo berjudul 'Demikianlah Aku' terbitan SCS Records. Namun album tersebut agak gagal di pasaran waktu itu, era gemilang dunia rakaman dan industri muzik tanah air.

Pada 2013 Syed melalui kumpulan muziknya Sahabat muncul lagi dengan album yang judulnya Doa Cinta. Hasil kolaborasi antara beliau sebagai komposer dan penulis terkenal Zainal Rashid Ahmad yang turut terlibat sebagai penulis lirik untuk semua 5 lagu yang terdapat dalam album ini.

Album Doa Cinta ini mengandungi sebuah lagu hit yang berjudul Selamat Malam Rohingya, lagu yang menceritakan tentang penderitaan rakyat etnik Rohingya yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015.Album Doa Cinta ini mengandungi sebuah lagu hit yang berjudul Selamat Malam Rohingya, lagu yang menceritakan tentang penderitaan rakyat etnik Rohingya yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015.Album Doa Cinta ini mengandungi sebuah lagu hit yang berjudul Selamat Malam Rohingya, lagu yang menceritakan tentang penderitaan rakyat etnik Rohingya yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang.

Selain lagu ini, lagu lain seperti Ya Sara, Khan Younis dan Syair Islami juga menarik daripada segi melodi dan mesejnya.

Saya sarankan agar pendengar yang minat dengan konsep muzik yang bermesej, dapatkanlah album Doa Cinta ini. Kita tidak akan rugi mendengar lagu yang sebegini bahkan ia dapat memberikan kita ilmu dan pengetahuan yang positif untuk jiwa.

Saya tidak menafikan lagu cinta yang masih mendominasi pasaran muzik bukan saja di negara kita ini, bahkan di seluruh dunia keseluruhannya. Namun adalah bagus jika kita dapat seimbangkan antara angan-angan dan realiti khususnya untuk anak muda pada zaman ini.

Variasikan minda kita dengan muzik yang pelbagai, kita tidak akan rugi kerananya. – 13 Ogos, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments