Opinion

Dunia yang aman dan ‘Imagine’

Lagu “Imagine” dendangan John Lennon yang diterbitkan pada 1971, sewaktu perang Vietnam berlangsung dari 1955–1975 masih relevan untuk didengar dan dihayati mesejnya sehingga hari ini. Liriknya menceritakan keamanan dunia dan sejagat secara keseluruhannya.

Dan apabila Devide Martello, seorang pemain piano yang tidak dikenali memainkan lagu “Imagine”, kita boleh faham betapa perlunya lagu sebegini untuk umat sedunia. Beliau sanggup terbang sejauh 400km dari Jerman dengan “grand” pianonya hanya untuk berkongsi perasaan dan emosi berikutan serangan pengganas di Paris baru-baru ini yang mengorbankan 127 nyawa.

Imagine – John Lennon

Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today...

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one

Lennon bukanlah orang beragama, tapi beliau lebih faham tentang erti keamanan dan kasih sayang berbanding golongan agama yang taksub, sanggup membunuh demi ganjaran dan syurga mengikut apa yang mereka faham.

Dan album ini diterbitkan sewaktu beliau sudah hidup senang hasil royalti kumpulan muziknya The Beatles yang ratusan juta pound jumlahnya.

Setahu saya, agama tidak mengajar kita menjadi pembunuh dan menghalalkan pembunuhan. Itu yang saya faham dan agama tidak mengajar kita menjadi taksub. Agama mengajar kita tentang kehidupan dan kasih sayang.

Apabila agama dan kepentingan nafsu disatukan, akan timbullah elemen yang menjurus kepada perasaan tamak. Tamak akan ganjaran dan segalanya yang bertunjangkan nafsu dan serakah, itulah seperti yang berlaku dalam tragedi di Paris baru-baru ini.

Dan apabila mereka yang taksub fahaman jihad dan menghalalkan pembunuhan demi ganjaran dan syurga, ini perkara tidak betul dalam landas kehidupan manusia dan agama itu sendiri.

Kita lihat anak kecil sehingga ke proses remaja mereka, diajarkan dengan ajaran agama. Itu suatu yang sangat baik apatah ketika itu masih suci daripada kepentingan dan kehendak. Mereka bersolat kerana itu suruhan Tuhan dan akan mendapat ganjaran pahala daripada setiap hal kebaikan yang mereka lakukan begitulah juga jika melakukan kejahatan, mereka akan mendapat dosa.

Mereka faham kerana itu yang diajarkan kepada mereka. Mereka perlukan makna hormat dan takut akan Tuhan, kerana itu ibarat lorong yang perlukan cahaya terang.

Imaginasi dan fahaman mereka tentang ganjaran waktu itu sangat naif dan jujur, berbandin golongan dewasa yang masih mengharapkan ganjaran atas setiap kebaikan sehingga secara tidak langsungnya menafikan keredaan Tuhan itu sendiri.

Kita dewasa dengan kehendak dan angan-angan yang sebahagian besarnya adalah proses daripada rangkaian iblis untuk memesongkan nawaitu kita kepada yang satu. Bukankah lebih afdal jika kita melakukan perkara baik kerana Tuhan itu sendiri, bukan ganjarannya?

Orang yang faham tentang Tuhan, tidak akan meminta apa-apa daripada Tuhannya. Itu adalah ihsanNya semata. Orang yang faham tentang agama dan Tuhan hanya meminta keredaan dan syukur atas rahmat dan limpah yang dikurniakan.

Kita dikurniakan nafas turun naik ini, kita dikurniakan kudrat untuk berusaha dan menunaikan tanggungjawab sebagai manusia. Segala rahmat yang ada pada kita ini adalah atas kurniaanNya.

Tidak hairanlah kebanyakan orang kita di sini yang katanya beragama hanya untuk berlegar di ruangan fikah dan keselesaannya sahaja. Cerita tentangnya adalah tentang hal dan permukaan yang indah-indah belaka walau kadangkala penuh tipu dan daya. Kita tidak diajar tentang usul perjalanan hidup, tentang erti hidup sebenar, inilah masalahnya.

Padahal cerita tentang Tuhan dan mengenal sifatNya itu adalah paling asas dan penting. Mengenal Tuhan maknanya kita perlu menyusuri asal kita, bermula daripada benih dan belajar mengenal roh serta sifat 20 dalam faham hakikat sebenarnya.

Apabila kefahaman tentang Tuhan dan manusia itu ada dalam diri, tentang siapa dia dan Tuhannya, insya Allah mereka akan beroleh bahagia dan tidak akan berfikir seperti cerita kartun yang penuh dengan angan-angan tak sudah.

Sekali lagi, agama tak ajar umatnya untuk saling bunuh membunuh. Tidak kira apa agamapun. Mereka yang melakukannya bukanlah orang baik, di sisi manusia mahupun Tuhannya. – 19 November, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments